Sunday, February 22, 2009

:: who are u? who am I? ::


Seorang wartawan telah meminta As-syhid Hasan Al-Banna memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

"saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah NEGARA yang di hormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru, dia berseru: sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNYa. inilah yang di perintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri. Inilah saya,. anda pula siapa??"

Hasan Al-banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan,tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru, beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Menerima dengan penuh bersahaja. Tidak pernah mengejar dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Hidup serba ringkas. Menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang di tinggalkan untuk mereka. Baginya, segala keseronokkan dan kebahagiaan dalam hidup ini ialah menyampaikan kalimah ALlah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu di dadanya. Beliau mahu melihat gagasan yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya kepada dunia ini.Apabila semua ini menjadi kenyataan, barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

Tuesday, February 10, 2009

Kenapa mesti blog??


"lin, apa ni blog same je dr dulu"..
xder cite2 nak update ke?? asyik2 post yg same je"... sape sorg ofismate ku..

"ala, rilex ar.. ak bukan xnak update tapi xder masa la, byk lg benda lain yang nak d pk" jawabku slamber.."lagipun da lupa pasword la".. sambungku lagi mempertahankan diri..

Namun, sapaan dia tu membuatkan ak terfikir tentang sesuatu... kenapa mesti blog ya?? bgs sgt ke kalu ada blog n leh update slalu?.. blog yg di maksudkan tu adalah blog ak yg lg 1, blog y awal2 ak create time cuti 1st year.. skrg da 2 thn lebih berlalu,. pasword pun leh telupa,nampak sgt la memg xpenah nak update.. ak tersenyum sendiri memikirkan kerjaku yg terbengkalai 2.. sebenarnya bukanla xnak update tp mesti ada je perkara yang menghalang. Mungkin belum tibe masanya kot.. tp bila lagi,.. kalu x cuba sampai bila2 pun xkan pandai..

Ak pun memulakan langkah.. create blog baru dengan niat biarlah blog kali ni sentiasa di update dan menjd salah satu kepada saluran dakwahku.. mula2,.. biar private dulu.. cari kekuatan la orang kata.. betulkan niat 'kuat2',.. takut2 niat 2 tersasar dari landasannya..

skrg ni barula ak tau.. buat blog bukanla sekadar suka2 ataupun untuk mengisi masa lapang.. tapi ianya memerlukan pengorbanan yang teramat besar.. Ya Allah.. mudah2an semua di berkatiNya..