serang!!!
Kata bijak pandai, Nafsu tidak boleh dimusnahkan tetapi nafsu perlu dididik. Kehendak nafsu adalah sesuatu yang boleh menberi keseronokan sementara, khayal dengan pelbagai angan yang dibangkitkan. Pesan Rasulullah dalam sebuah hadis hasan, “seorang mujahid adalah yang melawan hawa nafsunya kerana Allah”. Pada dasarnya, melawan hawa nafsu adalah bertujuan untuk mendidik nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap masa dan perkara. Apabila nafsu dapat dikalahkan, kita akan melebihkan kehendak Allah berbanding kehendak diri kita sendiri.
Persoalannya,macamana nak melawan kehendak nafsu? Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh keseronokan sekarang ni, mereka yang inginkan kebaikan dianggap mundur, tidak maju. Mereka yang berpakaian seksi menjolok mata dianggap bagus dan bermutu. Mungkin disana barulah kita boleh aplikasikan apa yang kita belajar tentang mujahadah. Mujahadah dalam melawan hawa nafsu. Mudahnya, bermujahadah adalah memaksa diri untuk taat kerana tabiat hawa nafsu adalah sesuatu yang disenangi dan disukai oleh jiwa manakala ketaatan adalah sesuatu yang tidak disukai oleh jiwa. Kemanisan dalam ketaatan kepada perintah Allah hanya akan dirasai apabila nafsu dapat dididik. Dan Hasil daripada sebuah mujahadah adalah sebuah ketaqwaan.
Satu perkara yang sudah kita sedia maklum, Perjuangan melawan hawa nafsu adalah sesuatu yang sukar. Dalam surah ke-5 ayat 35 Allah berfirman:
"wahai orang2 yg beriman! Bertaqwala kpd Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung”
Dalam ayat ini, Allah menyuruh kita mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Maksudnya (dari pemahaman saya) jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah sudah tersedia Cuma Allah meminta kita supaya mencari. Perlukan usaha yang gigih sebelum mencapainya. Berhasil ataupun tidak adalah bergantung kepada keikhlasan kita dalam mencari jalan tersebut. Kadang-kadang baru separuh perjalanan kita dah tersungkur, terpaksa tunduk mengalah dengan nafsu. Ini kerana setiap langkah kita pasti akan diuji. Dan beruntunglah kerana kita digolongkan dalam golongan orang2 yang sabar dan sedar untuk mencari jalan itu. Laluannya tidak mudah, sekali lagi perlukan mujahadah dan keinginan yang kuat untuk dekat dengan Allah.
Dalam ayat yang lain, Allah berfirman, “mereka yang bermujahadah (yakni berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami” Fudail Iyad menyatakan mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.” Junaid Al Baghdadi mengatakan, “mereka yang bermujahadah untuk bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan” sedangkan Abdullah bin Abbas menyebutkan, “ mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan dan ganjaran.”
Lihatlah betapa kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya. Walaupun Nikmat yang diberi kita balas dengan kemungkaran,.Allah tetap sambut dengan pengampunan. Ayuh sahabat.. kuatkan zikir hebatkan fikir. Seorang muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah.. jangan fikir 2kali untuk membuat kebaikan dan jangan selalu fikir diri kita seperti malaikat yang sentiasa suci dari dosa dan maksiat. Jangan sesekali main tarik tali dengan nafsu kerana diakhirnya pasti kita yang akan merasai kerugiannya.
Waallahua’alam