Thursday, November 10, 2011

Bersikaplah terbuka; Milikilah ilham dan Semangat

Assalamualaikum WBT.

Salam sayang untuk semua. Lama sungguh saya tak menulis dan selama itulah saya tidak meng'update' blog ni. Jazakillahukhairan katheera buat anak sedara saya yang sudi menceriakan blog, semoga saya lebih bersemangat berkongsi input akan datang..

Sedang dok belek-belek laptop yang da lama saya tinggalkan, saya terjumpa satu tulisan lama yang da lama nak post tapi tak terpost.. Alhamdulillah, saya senyum dan dengan senang hatinya saya online dan publishkan penulisan di bawah. Sebenarnya, semua ayat-ayat tu adalah ayat motivasi untuk saya waktu stress dengan tesis dulluuuuuuuu.. Maksudnya da nak masuk setahun setengah la kan.. :)

Apa-apa pun.. semoga ada kebaikan untuk kita bersama..


Perkembangkanlah perisai mental yang kuat, curahkanlah minat secara mantap kepada orang
lain dan milikilah pengalaman rohani yang dapat mengubah kehidupan.

Tetaplah memiliki tenaga yang sentiasa dapat memperbaharui daya cipta kita serta pergunakanlah akal yang sihat agar di temukan jalan keluar dari segala masalah.

Bantulah mereka yang memerlukan agar masalah mereka dapat di selesaikan. Dengan demikian kita akan beroleh pengalaman yang lebih mendalam dan memudahkan kita mengatasi masalah sndiri.

Padamkanlah segala fikiran lama yang tidak sihat dan suram. Seterusnya gantilah dengan fikiran positif dan perkara baru.

Bentuklah suatu semangat dan jiwa yang baru dalam diri kita. Sentiasa bersikap tenang dan tenteram menerima hari ini tanpa perlu menjadikan RM sebagai paksinya.

Kuasailah jalan fikiran kita, dan bukannya kita di kuasai oleh persekitaran kita. Bentuklah kebajikan dan jsa-jasa baik terhadap orang lain, kerana tidak ada hal yang lebih kuat sifatnya sebagai penghapus jalan fikiran yang suram daripada kebajikan dan iktikad yang baik.

Jangan pandang diri kita sudah tua dan makin menjadi tua sebab waktu memang berlalu. Jangan biarkan suasana bosan dan sedih mematikan nikmat hidup kita. Pegang teguh prinsip positif, maka tidak ada yang lebih berat bagi kita. Tunjangilah akibat-akibat kesulitan itu dengan memperkukuhkan matlamat hidup kita, sekalipun kita harus sedaya upaya untuk itu. Ambillah sikap “keadaan memang teruk tetapi hebat”. Sikap ini dapat menambah daya tahan kita terhadap sesuatu masalah bahkan dapat menolong menguranginya. Bayangkanlah bahawa tenaga yang bekerja dalam diri kita itu sentiasa menyedarkan ubuh, jiwa dan fikiran kita. Apabila kita mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh, maka kita sendiri akan kagum melihatnya. Taatlah pada keserasian irama kehidupan yang Tuhan ciptakan.

Seringkali hati manusia di selimuti dengan keresahan dan kedukaan, juga kecewa dan merana yang sukar di cari penawarnya. Hanya jiwa yang mengerti akan hakikat kehidupan mampu mencari matlamat kehidupan sesuai dengan fitrah yang Allah bekalkan dalam hatinya.

Pada hari ini, akan ku tempuhi satu penghidupan baru yang akan meninggalkan kehidupan lama yang penuh dengan ranjau duri, kesengsaraan, penderitaan, serpihan kehancuran dan tapak-tapak kegagalan. Kegagalan telah menjadi hak mutlak dalam perjalanan hidupku. Keperitan adalah sebahagian nafasku. Kehancuran adalah urat saraf tubuhku. Tangisan air mata
sudah tidak lagi bermakna walaupun untuk mempertahankan hak.

Namun, pada hari ini juga aku telah menemui apa yang di cari untuk sekian lamanya dalam meniti erti hidup. Aku bukan di lahirkan kedunia untuk menjadi insane yang mudah di tundukkan. Aku juga tidak mahu menjadi seperti lembu yang setiap masa di cucuk hidung oleh penggembalanya kerana kehidupan seperti ini bukanlah matlamat hidup yang sebenarnya.

Setiap halangan yang bakal aku lalui akan ku anggap sebagai pintasan kepada erti hidup yang sebenar. Kini, aku telah bersedia untuk menempuh dan merempuh segala rebut taufan yang melanda. Selagi hayat di kandung badan, selagi nadi masih berdenyut selagi itulah aku bertekad agar tidak berganjak dengan erti hidupku.

Ya Allah, hanya kepada Mu sahajalah tempat aku bergantung dan mengadu. Ujian ini terlalu berat untukku tanggung.. berikanlah daku kekuatan dan kesabaran… namun, kiranya ini sudah menjadi ketentuanMu maka tidak layak bagiku mempertikaikannya… aku redha dan pasrah malah bersyukur keran telah di uji.

“sesiapa hamba yang Ku uji adalah dalam perhatianku”

Ya Allah, aku juga bersyukur di setiap keheningan malam, aku masih mampu berdiri di kala insane lain sedang nyenyak tidur dalam dakapan, tika itu juga, ada insane lain yang sedang menunggu sepertiga malam untuk memperhambakan diri. Di setiap keheningan malam juga biarlah air mata menjadi saksi membasahi walaupun sebenarnya air mata itu sudah tidak mampu mempertahankan hak.

Seringkali hati manusia diselimuti dengan keresahan dan kedukaan, juga kecewa dan merana yang sukar di cari penawarnya. Hanya jiwa yang mengerti akan kehidupan mampu mencari matlamat kehidupan sesuai dengan fitrah yang Allah bekalkan dalam hatinya.

Binalah hubungan dengan Allah..

(Al-Muzzamil: 1-6)

“I always received nothing I wanted.. But I received everything I needed.”
Live life without fear, confront all obstacles and evince that you can overcome them.