Wednesday, March 28, 2012

Cerita apa? cerita hati kot..


Sekadar gambar hiasan

“Mak, mak,. Ni nemo betul., ni nemo betul.” Jeritan seorang kanak-kanak menarik perhatian saya untuk menjenguk ‘nemo betul’ yang dimaksudkan. Saya tersenyum memandang suami. Ikan dalam cartoon nemo ada dalam sebuah aquarium rupanya. Ingat apa la tadi. Senyum lagi. Besar sungguh pengaruh media massa pada pemikiran kanak-kanak zaman ni. Rasanya dari saya kecil lagi, cartoon memang menjadi kegemaran kami adik-beradik. Dari doraemon sehinggala detective conan, tak terlepas siarannya. Betapa berjayanya musuh islam menghilangkan perhatian kita daripada kepentingan mempelajari Al-Quran. Mana tidaknya, waktu glamour cartoon tu ditayangkan adalah pada pukul 7 malam. Magrib pun bergaduh dengan mak sebab nak tengok cartoon berbanding solat. Sudahla solat ala kadar, kelas mengaji pun tak pergi. =) Kenangan zaman jahiliyyah dolu-dolu.huhu. Al-kisah..

Saya tidak berminat nak mengulas panjang tentang kenangan zaman jahiliyyah tu. Cuma saya nak berkongsi cerita sikit. Benarlah kata bijak pandai, kita akan rasa tenang dan bahagia sekiranya kita memandang laut atau gunung atau kejadian alam semula jadi. Satu hari dihujung minggu, saya mengajak suami ke Under Water World Langkawi. Saja nak meninjau apa yang ada di dalamnya. SubhannaAllah, saya sangat terpesona dengan keajaiban ciptaan Allah. Sangat cantik. Pelbagai jenis ikan ada. Yang kecil, yang besar, yang pelik, yang colourful..semua ada. Rasa macam tak nak keluar dari tempat tu. Memang tenang pandang ikan-ikan dan haiwan yang ada kat sana. Selain ikan, ada juga burung, ular, spesis obor-obor, tapak sulaiman dan sebagainya. Sempat saya perhatian mulut seekor ikan yang comel, terkumat kamit. Dalam hati, saya malu sendiri. Mesti ikan comel tu sentiasa berzikir mengingat penciptaNya. Sedangkan saya, makhluk istimewa yang berakal pun kadang-kadang timbul perasaan malas nak berzikir. Itula yang hati kadang-kadang tak tenteram. Mudah terjatuh dengan nikmat dunia yang sedikit.

Sememanganya, hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan, resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Dikala itulah, kita perlukan Allah. Di saat resah mengharungi dugaan, disaat bahagia meniti kehidupan. Hakikatnya, kita perlukan Allah hari-hari.. setiap masa, setiap saat, setiap hembusan nafas kita perlukan Allah. Bila satu saat kita lupakan Dia, ketika itulah hidup kita dirundung gelisah, berkeluh kesah. Fitrah manusia, begitulah. Dan kita manusia istimewa yang dikurniakan akal oleh Allah masih mencari jalan keluar yang lain selain mencari DIa. Pergila kita ke pantai-pantai, pusat rekreasi, meredah hutan belantara.. semuanya untuk melepaskan ‘tension’ kononnya. Kita rasa tenang melihat awan, lautan, hidupan laut, gunung ganang dll. Kita tenang hasil menumpang zikir ‘mereka’. Sedangkan kita lupa nak berzikir. Bukan lupa kot.. tapi malas nak berzikir.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut. Cari la Allah, insyaAllah segalanya akan jadi mudah. Katakan pada diri, “hey, diri.. aku ada tuhan Yang Maha Besar” nescaya masalah kita yang besar tu akan menjadi kecil. Ini kerana Allah terlalu sayangkan kita berbanding manusia-manusia yang sering kita harapkan..

Waallahua’lam.