Wednesday, March 28, 2012

Cerita apa? cerita hati kot..


Sekadar gambar hiasan

“Mak, mak,. Ni nemo betul., ni nemo betul.” Jeritan seorang kanak-kanak menarik perhatian saya untuk menjenguk ‘nemo betul’ yang dimaksudkan. Saya tersenyum memandang suami. Ikan dalam cartoon nemo ada dalam sebuah aquarium rupanya. Ingat apa la tadi. Senyum lagi. Besar sungguh pengaruh media massa pada pemikiran kanak-kanak zaman ni. Rasanya dari saya kecil lagi, cartoon memang menjadi kegemaran kami adik-beradik. Dari doraemon sehinggala detective conan, tak terlepas siarannya. Betapa berjayanya musuh islam menghilangkan perhatian kita daripada kepentingan mempelajari Al-Quran. Mana tidaknya, waktu glamour cartoon tu ditayangkan adalah pada pukul 7 malam. Magrib pun bergaduh dengan mak sebab nak tengok cartoon berbanding solat. Sudahla solat ala kadar, kelas mengaji pun tak pergi. =) Kenangan zaman jahiliyyah dolu-dolu.huhu. Al-kisah..

Saya tidak berminat nak mengulas panjang tentang kenangan zaman jahiliyyah tu. Cuma saya nak berkongsi cerita sikit. Benarlah kata bijak pandai, kita akan rasa tenang dan bahagia sekiranya kita memandang laut atau gunung atau kejadian alam semula jadi. Satu hari dihujung minggu, saya mengajak suami ke Under Water World Langkawi. Saja nak meninjau apa yang ada di dalamnya. SubhannaAllah, saya sangat terpesona dengan keajaiban ciptaan Allah. Sangat cantik. Pelbagai jenis ikan ada. Yang kecil, yang besar, yang pelik, yang colourful..semua ada. Rasa macam tak nak keluar dari tempat tu. Memang tenang pandang ikan-ikan dan haiwan yang ada kat sana. Selain ikan, ada juga burung, ular, spesis obor-obor, tapak sulaiman dan sebagainya. Sempat saya perhatian mulut seekor ikan yang comel, terkumat kamit. Dalam hati, saya malu sendiri. Mesti ikan comel tu sentiasa berzikir mengingat penciptaNya. Sedangkan saya, makhluk istimewa yang berakal pun kadang-kadang timbul perasaan malas nak berzikir. Itula yang hati kadang-kadang tak tenteram. Mudah terjatuh dengan nikmat dunia yang sedikit.

Sememanganya, hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan, resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Dikala itulah, kita perlukan Allah. Di saat resah mengharungi dugaan, disaat bahagia meniti kehidupan. Hakikatnya, kita perlukan Allah hari-hari.. setiap masa, setiap saat, setiap hembusan nafas kita perlukan Allah. Bila satu saat kita lupakan Dia, ketika itulah hidup kita dirundung gelisah, berkeluh kesah. Fitrah manusia, begitulah. Dan kita manusia istimewa yang dikurniakan akal oleh Allah masih mencari jalan keluar yang lain selain mencari DIa. Pergila kita ke pantai-pantai, pusat rekreasi, meredah hutan belantara.. semuanya untuk melepaskan ‘tension’ kononnya. Kita rasa tenang melihat awan, lautan, hidupan laut, gunung ganang dll. Kita tenang hasil menumpang zikir ‘mereka’. Sedangkan kita lupa nak berzikir. Bukan lupa kot.. tapi malas nak berzikir.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut. Cari la Allah, insyaAllah segalanya akan jadi mudah. Katakan pada diri, “hey, diri.. aku ada tuhan Yang Maha Besar” nescaya masalah kita yang besar tu akan menjadi kecil. Ini kerana Allah terlalu sayangkan kita berbanding manusia-manusia yang sering kita harapkan..

Waallahua’lam.

Thursday, February 9, 2012

Buat diriku yang mudah lupa


Renungan diri yang mudah lupa dan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa bertuah dan istimewanya menjadi seorang wanita.

“Ya Allah, kurniakan daku kekuatan untuk mendidik diri menjadi isteri solehah, serta ibu mithali buat anak-anakku”

Isteri solehah.

Setiap para isteri pastinya mengimpikan dirinya dinobatkan sebagai isteri solehah. Abis buku-buku dibeli sebagai persediaan merealisasikan ‘title’ tersebut. Setiap ciri isteri solehah di hadam satu persatu. Terasa diri sudah cukup kuat untuk melaksanakan semua tanggungjawab yang bakal digalas. Namun, sejauh mana teori yang dihadam dapat di praktikkan dalam kehidupan sehari-hari sebagai seorang isteri. Saya sendiri mengakuinya. Memang susah untuk merealitikan erti hidup pada memberi. Saban hari hanya hak yang dituntut. Disaat itu, barulah terasa betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan sahabiah-sahabiah terdahulu. Fatimah, puteri kesayangan rasulullah contohnya;

Kehidupan Fatimah bersama Ali tidak dihiasi dengan kemewahan, sama seperti kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Dari segi keselesaan material, kehidupannya serba kekurangan dan kesempitan. Sepanjang hidup mereka sebagai suami isteri, Ali tetap miskin kerana beliau tidak berusaha mengumpul harta kekayaan. Bahkan, boleh dikatakan bahawa kehidupan Fatimah bersama Ali lebih sukar berbanding kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya, di rumah Rasulullah sentiasa ada orang-orang yang sedia membantunya menjalankan tugas-tugas harian. Namun kini beliau harus menguruskan tanggungjawabnya sendirian. Sebagai sumber pendapatan, Ali bekerja sebagai pengangkut air manakala Fatimah pula mengisar gandum. Pernah suatu ketika Fatimah berkata kepada Ali : ‘Aku telah mengisar gandum sehingga tanganku luka-luka.’ ‘Aku telah mengangkut air sehingga dadaku sakit,’ kata Ali lalu mencadangkan kepada Fatimah : ‘Allah telah memberkati bapamu dengan beberapa orang tawanan perang, pergilah kau kepadanya dan mintalah agar dia memberikan seorang pembantu kepadamu.’

Dengan hati yang berat, Fatimah telah menemui Rasulullah dan berkata kepadanya : ‘Apa yang telah menyebabkan kau datang kemari, wahai anakku?’ ‘Aku datang dengan doa kesejahteraan buatmu,’ kata Fatimah, yang menjadi kelu sebaik berhadapan dengan Rasulullah s.a.w.
‘Apa yang telah engkau lakukan?’ Tanya Ali sebaik sahaja Fatimah pulang dari rumah bapanya.
‘Aku terlalu malu untuk meminta kepadanya,’ jawab Fatimah. Maka kedua mereka pun pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan permintaan itu. Namun Rasulullah merasakan lebih ramai lagi orang lain yang lebih memerlukan dari mereka.
‘Aku tidak akan memberikannya kepada kamu,’ kata baginda, ‘dan membiarkan ahl as-Suffah (golongan miskin yang tinggal di masjid) dalam kelaparan. Aku tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk menyara mereka….’

Ali dan Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Namun begitu, pada malam tersebut ketika mereka sedang tidur, mereka mendengar suara Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk masuk ke rumah mereka. Mereka bingkas bangun untuk menyambut baginda namun Rasulullah berkata :

‘Duduk saja di situ,’ lalu baginda duduk bersama mereka. ‘Mahukah kamu sekiranya aku mengajar kamu sesuatu yang lebih baik dari apa yang kau minta dariku?’ Tanya baginda yang dijawab ya lalu baginda berkata lagi, ‘Jibrail telah mengajarku, hendaklah kamu berkata “Subhaan Allah – Maha suci Allah” sepuluh kali selepas setiap solat, dan “al-Hamdu Lillah – segala puji bagi Allah” sepuluh kali dan “Allahu Akbar – Allah Maha Besar” sepuluh kali. Dan apabila kamu hendak tidur, bacakan setiap satu itu tiga puluh tiga kali.

Betapa hebat dan berkesannya tarbiyah dari Rasulullah. Nasihatnya terus terpahat dihati Fatimah tanpa rungutan apatah lagi bantahan. Bila teringat-ingat cerita Fatimah, diri yang kerdil ini terasa malu sendiri. Sering bersungut dengan urusan rumah tangga. Mengeluh, malah kadang-kadang marah sendiri dengan hal-hal yang sangat remeh. Betapa lemahnya praktikal, tidak sehebat teori yang dikumpul selama ini.

Kini, saya bakal menjadi ibu. Tanggungjawab itu semestinya bertambah besar. Saya sangat bersyukur pada Allah atas kurniaan zuriat yang satu ini. Saya berazam untuk menjadi ibu yang mithali. Saya akan berusaha mendidik diri kearah yang lebih baik sebagai isteri dan ibu akan datang. Semoga Allah merahmati kehidupan saya sekeluarga. Mudah-mudahan, kami sentiasa bercinta dibawah nauangan cintaNya.insyaAllah.


Salam maulidur rasul dari saya,suami dan a little caliph inside. ;)

Thursday, November 10, 2011

Bersikaplah terbuka; Milikilah ilham dan Semangat

Assalamualaikum WBT.

Salam sayang untuk semua. Lama sungguh saya tak menulis dan selama itulah saya tidak meng'update' blog ni. Jazakillahukhairan katheera buat anak sedara saya yang sudi menceriakan blog, semoga saya lebih bersemangat berkongsi input akan datang..

Sedang dok belek-belek laptop yang da lama saya tinggalkan, saya terjumpa satu tulisan lama yang da lama nak post tapi tak terpost.. Alhamdulillah, saya senyum dan dengan senang hatinya saya online dan publishkan penulisan di bawah. Sebenarnya, semua ayat-ayat tu adalah ayat motivasi untuk saya waktu stress dengan tesis dulluuuuuuuu.. Maksudnya da nak masuk setahun setengah la kan.. :)

Apa-apa pun.. semoga ada kebaikan untuk kita bersama..


Perkembangkanlah perisai mental yang kuat, curahkanlah minat secara mantap kepada orang
lain dan milikilah pengalaman rohani yang dapat mengubah kehidupan.

Tetaplah memiliki tenaga yang sentiasa dapat memperbaharui daya cipta kita serta pergunakanlah akal yang sihat agar di temukan jalan keluar dari segala masalah.

Bantulah mereka yang memerlukan agar masalah mereka dapat di selesaikan. Dengan demikian kita akan beroleh pengalaman yang lebih mendalam dan memudahkan kita mengatasi masalah sndiri.

Padamkanlah segala fikiran lama yang tidak sihat dan suram. Seterusnya gantilah dengan fikiran positif dan perkara baru.

Bentuklah suatu semangat dan jiwa yang baru dalam diri kita. Sentiasa bersikap tenang dan tenteram menerima hari ini tanpa perlu menjadikan RM sebagai paksinya.

Kuasailah jalan fikiran kita, dan bukannya kita di kuasai oleh persekitaran kita. Bentuklah kebajikan dan jsa-jasa baik terhadap orang lain, kerana tidak ada hal yang lebih kuat sifatnya sebagai penghapus jalan fikiran yang suram daripada kebajikan dan iktikad yang baik.

Jangan pandang diri kita sudah tua dan makin menjadi tua sebab waktu memang berlalu. Jangan biarkan suasana bosan dan sedih mematikan nikmat hidup kita. Pegang teguh prinsip positif, maka tidak ada yang lebih berat bagi kita. Tunjangilah akibat-akibat kesulitan itu dengan memperkukuhkan matlamat hidup kita, sekalipun kita harus sedaya upaya untuk itu. Ambillah sikap “keadaan memang teruk tetapi hebat”. Sikap ini dapat menambah daya tahan kita terhadap sesuatu masalah bahkan dapat menolong menguranginya. Bayangkanlah bahawa tenaga yang bekerja dalam diri kita itu sentiasa menyedarkan ubuh, jiwa dan fikiran kita. Apabila kita mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh, maka kita sendiri akan kagum melihatnya. Taatlah pada keserasian irama kehidupan yang Tuhan ciptakan.

Seringkali hati manusia di selimuti dengan keresahan dan kedukaan, juga kecewa dan merana yang sukar di cari penawarnya. Hanya jiwa yang mengerti akan hakikat kehidupan mampu mencari matlamat kehidupan sesuai dengan fitrah yang Allah bekalkan dalam hatinya.

Pada hari ini, akan ku tempuhi satu penghidupan baru yang akan meninggalkan kehidupan lama yang penuh dengan ranjau duri, kesengsaraan, penderitaan, serpihan kehancuran dan tapak-tapak kegagalan. Kegagalan telah menjadi hak mutlak dalam perjalanan hidupku. Keperitan adalah sebahagian nafasku. Kehancuran adalah urat saraf tubuhku. Tangisan air mata
sudah tidak lagi bermakna walaupun untuk mempertahankan hak.

Namun, pada hari ini juga aku telah menemui apa yang di cari untuk sekian lamanya dalam meniti erti hidup. Aku bukan di lahirkan kedunia untuk menjadi insane yang mudah di tundukkan. Aku juga tidak mahu menjadi seperti lembu yang setiap masa di cucuk hidung oleh penggembalanya kerana kehidupan seperti ini bukanlah matlamat hidup yang sebenarnya.

Setiap halangan yang bakal aku lalui akan ku anggap sebagai pintasan kepada erti hidup yang sebenar. Kini, aku telah bersedia untuk menempuh dan merempuh segala rebut taufan yang melanda. Selagi hayat di kandung badan, selagi nadi masih berdenyut selagi itulah aku bertekad agar tidak berganjak dengan erti hidupku.

Ya Allah, hanya kepada Mu sahajalah tempat aku bergantung dan mengadu. Ujian ini terlalu berat untukku tanggung.. berikanlah daku kekuatan dan kesabaran… namun, kiranya ini sudah menjadi ketentuanMu maka tidak layak bagiku mempertikaikannya… aku redha dan pasrah malah bersyukur keran telah di uji.

“sesiapa hamba yang Ku uji adalah dalam perhatianku”

Ya Allah, aku juga bersyukur di setiap keheningan malam, aku masih mampu berdiri di kala insane lain sedang nyenyak tidur dalam dakapan, tika itu juga, ada insane lain yang sedang menunggu sepertiga malam untuk memperhambakan diri. Di setiap keheningan malam juga biarlah air mata menjadi saksi membasahi walaupun sebenarnya air mata itu sudah tidak mampu mempertahankan hak.

Seringkali hati manusia diselimuti dengan keresahan dan kedukaan, juga kecewa dan merana yang sukar di cari penawarnya. Hanya jiwa yang mengerti akan kehidupan mampu mencari matlamat kehidupan sesuai dengan fitrah yang Allah bekalkan dalam hatinya.

Binalah hubungan dengan Allah..

(Al-Muzzamil: 1-6)

“I always received nothing I wanted.. But I received everything I needed.”
Live life without fear, confront all obstacles and evince that you can overcome them.

Saturday, June 11, 2011

DhUHa: For u Kak Olyn.

DhUHa: For u Kak Olyn.: "Kak Olyn: Awak, kalau akak kawen awak, dengan anak sedara akak jadi pengapit akak tau? Saya: akak kawen dengan pak cik M ke X (okey, x ne..."

Terima Kasih farhana.. akak sangat terharu ;( sayang kat awak.. xpe, akk sentiasa ada untuk awk,. ceh.. ayat yg sama waktu kat sabah dulu.. doakan baitul muslim yg akk baru bina ni yer..

Monday, May 16, 2011

Utusan Raja Sehari



klik gambar untuk lebih besar


Bismillah.. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Dengan rasa syukur dan rendah diri, saya


ROSLINA BINTI JAMIAN


menjemput sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis walimatul urus saya pada


29 Mei 2011


Ahad


bertempat di


1039, Blok A2 Felda Air Tawar 4,


81900 Kota Tinggi, Johor.


Semoga dengan kehadiran kalian akan menyerikan majlis dan beroleh keberkatan dari Allah SWT hendaknya.. Amin


Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fil khair..












Friday, April 8, 2011

Masih menapak





"Ya Allah.. aku ingin menulis lagi.. mengingatkan hati2 yang kian kering dengan Nur dan Rahmatmu"..


Monolog hati tatkala datang menjengah blog seorang sahabat yang sangat2 memberi kesan kepada hati. Jazakillah ukhti..


Alasan.


Semakin jauh perjalanan semakin banyak pula dugaan, dan semakin banyak juga alasan yang diberikan untuk menghadiri majlis2 ilmu, usrah, halaqah dll. Apa yang pasti, uruslah dugaan itu dengan sebaiknya supaya kita semua tidak dijinakkan dengan banyaknya proses penjinakkan sekarang (realiti TV, pekerjaan, istri &anak2 dll) yang menjadikan kita kijang yang pengecut dan supaya kita dapat mengekalkan status singa yang garang,. InsyaAllah.


p/s : peringatan untuk semua.

Tuesday, January 4, 2011

Nabi NUh dan kaumnya

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.. pemilik timur dan barat. Syukur kehadrat illahi dengan limpahan nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Syukur kerana Masih memberi ruang dan peluang untuk bernafas memperteguhkan taubat, membersihkan hati membina iman. Bersyukur padaMu Ya Allah, dengan pinjaman sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang banyak membantu melancarkan urusan. Alhamdulillah…

NIKMAT,. Sikitnya dirisaukan, banyaknya dikufurkan. Ramai manusia tenggelam dengan hanya terpesona bersama nikmat sehingga mengabaikan pemberi nikmat. Walhal telah diperingatkan dengan tragedi yang menimpa kaum terdahulu akibat mengkufurkan nikmat pemberian Allah. Semuanya telah diceritakan dalam novel karangan YANG MAHA AGUNG. Banyak kisah yang telah dipaparkan. Kisah kaum Thamud bersama nabi Soleh misalnya. Kisah cinta nabi Yusuf dan Zulaikha, kisah nabi sulaiman dan ratu balqis dan banyak lagi. Semuanya sarat dengan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita. Dan kali ini, sebagai tugasan halaqah, saya memilih untuk mengkaji kisah nabi nuh bersama kaumnya yang ingkar terhadap nikmat Allah. Moga-moga kita mendapat kebaikan bersama.

Iktibar Kisah dari Al-Quran

Rasul pertama yang diutus ke bumi

Nabi Nuh merupakan rasul pertama yang diutus menyampaikan risalah kepada kaumnya ketika mereka sudah berpaling menyembah patung-patung dan berbuat kezaliman dan kekufuran.

“sesungguhnya kami mewahyukan kepadamu (Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada NUH dan nabi-nabi setelahnya,..” (4:163)

Baginda menerima wahyu kenabian dalam masa ‘fatrah’ iaitu masa kekosongan di antara dua rasul dimana manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama dan kembali kepada ajaran penyembahan berhala tinggalan nenek moyang terdahulu. Nabi Nuh datang ditengah-tengah kaum yang menyembah berhala iaitu patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri. Mereka menyembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat memberikan kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan diyakini akan membawa kebahagiaan dan kekayaan.

Berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kuasa ghaib terhadap manusia telah diberikan pelbagai nama silih berganti mengikut selera kebodohan mereka. Kadang-kadang berhala mereka dinamakan Wadd dan Suwa’, kadangkala Yagus dan apabila telah bosan mereka menukar kepada Ya’uq dan Nasr.

“dan mereka berkata, “ janganlah sesekali kamu meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kamu dan janganlah sesekali kamu meninggalkan penyembahan Wadd, dan jangan pula Suwa’ Yagus, Ya’uq dan Nasr” (71:23)
Dakwah nabi Nuh as

Nabi Nuh telah menggunakan masa yang lama untuk berdakwah menyeru kaumnya menyembah Allah. Allah berfirman :

“dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun kurang lima puluh tahun…” (29:14)

Ini bermaksud, nabi Nuh berada ditengah-tengah kaumnya selama Sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah, mengajak mereka menyembah Allah yang Esa dan meninggalkan penyembahan berhala. Nabi Nuh telah mengajar kaumnya hokum-hukum syariat agama sepertimana yang telah diwahyukan Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ketingkat yang sesuai dengan fitrah dan berusaha menghilangkan sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar dikalangan mereka. Nabi Nuh juga mendidik mereka supaya berkasih sayang sesama manusia, tolong menolong dan menyedarkan mereka tentang konsep kesamarataan dikalangan mereka.

Nabi Nuh menghadapi dugaan dan cabaran

Sepanjang berdakwah menyeru kaumnya pada yang Esa, nabi Nuh telah menerima pelbagai ancaman, ugutan dan tohmahan yang tidak berasas. Ikuti kisahnya..

Nabi Nuh : Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan kepada kamu, iaitu sembahlah Allah, bertaqwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku, nescaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu, sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui. (71:2-4)

Pemimpin kaumnya : Kami tidak melihat kamu, melainkan sebagai seorang manusia biasa seperti kami dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu melainkan orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta (11:27)

Nabi Nuh : Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak ketahui. Dan apakah kamu tidak dan hairan bahwa telah datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertaqwa dan supaya kamu mendapat rahmat. (7:60-63)

Kaumnya : Apakah kami harus beriman kepadamu, padahal pengikut-pengikutmu orang-orang yang hina? (26:111)

Nabi Nuh : Tidak ada pengetahuanku tentang apa yang mereka kerjakan. Perhitungan amal perbuatan mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, jika kamu menyedarinya. (26:112-115)

Pemuka : sesungguhnya kami memandang kamu dalam kesesatan yang nyata (7:60)

Nabi Nuh : Wahai kaumku! Apa pendapatmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan aku diberi rahmat dari sisi-Nya, sedangkan rahmat itu disamarkan bagimu. Apa kami akan memaksa kamu untuk menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya? (11:28)

Nabi Nuh : Dan wahai kaumku! Aku tidak meminta harta kepada kamu sebagai imbalan atas seruanku. Imbalanku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang yang telah beriman. Sungguh, mereka akan bertemu dengan Tuhannya, dan sebaliknya aku memandangmu sebagai kaum yang bodoh. (11:29)
Mereka seperti terpengaruh dengan kata-kata nabi Nuh. Namun, mereka
mendapati pengikut-pengikut nabi Nuh terdiri daripada orang-orang fakir dan
orang-orang lemah yang berbeza dengan mereka, baik dari segi social dan kekayaan. Maka mereka berjanji akan beriman dengan syarat nabi Nuh mahu menjauhkan orang-orang lemah darinya, mengusir dan menghalau mereka serta tidak mengikuti dakwah nabi Nuh. Nuh tidak cepat melatah dengan ugutan tersebut malah nabi Nuh menjawab:

Nabi Nuh : Dan wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku mengusir mereka? Tidakkah kamu mengambil pelajaran? (11-30)

Nabi Nuh : Dan aku tidak mengatakan kepadamu bahwa aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan tidak pula mengatakan bahawa sesungguhnya aku adalah malaikat, dan aku tidak juga mengatakan kepada orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu, bahwa Allah tidak akan memberikan kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka. Sungguh jika demikian aku benar-benar termasuk orang-orang yang zalim. (11:31)
Nasihat dan perkataan nabi Nuh tidak diendahkan, malah mereka membantah bersungguh.

Kaumnya : Wahai Nuh! Sungguh engkau telah berbantah dengan kami dan engkau telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang engkau ancamkan jika kamu termasuk orang yang benar. (11:32)

Nabi Nuh : Hanya Allah yang akan mendatangkan azab kepadamu jika Dia kehendaki dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri. Nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah tuhanmu dan kepadaNya lah kamu dikembalikan.

Nabi Nuh berasa sedih apabila seruannya tidak mendapat perhatian dari kaumnya. Harapan nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata semakin hari semakin berkurang, sinar iman dan taqwa tidak akan menembus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajakan iblis dan sekutunya. Nabi nuh menemui jalan buntu dalam menghadapi mereka, ia telah mengadukan penentangan itu kepada Allah.

Nabi Nuh : Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku hanyalah menambah mereka lari dari kebenaran. Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka kepada iman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka kedalam telinganya dan menutupkan bajunya kemukanya dan mereka tetap mengingkari dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka kepada iman dengan cara terang-terangan, kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka ‘mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan hart anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan menadakan pula di dalamnua untukmu sungai-sungai” (71:5-12)

Allah yang Maha berkuasa dan Maha mendengar telah mendengar aduan serta rayuan nabi Nuh. Dengan penuh kasih sayang Allah memujuk nabi Nuh.

Allah berfirman : Ketahuilah tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang yang benar-benar beriman sahaja, kerana itu janganlah engkau bersedih hati tentang apa yang mereka perbuat ( 11: 36)

Lalu Allah memerintahkan nabi Nuh membina sebuah kapal, maka bersegeralah nabi Nuh dan pengikutnya mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut.

Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang yang zalim itu; sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (11:37)

Nabi Nuh telah memilih tempat yang jauh dari kota dan kaumnya agar dapat bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya. Namun, sangkaan nabi Nuh meleset. Mereka yang secara kebetulan atau tidak sengaja melalui kawasan pembinaan itu telah mengejek dan mengolok-olokkan tindakan nuh dan pengikutnya.

Kaumnya : Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal? Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kyu dan pembuat kapal? dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau kerbau ataukah mengharapkan angin yang akan menarik kapalmu ke laut?

Nabi Nuh : Baiklah, tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekarang mengejek dan mengolok-olokkan kami maka akan tibalah masanya kelak bagi kami mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini. Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah menimpa atas kamu.

Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya.

Berkatalah Nuh: "Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya dan yang akan ditimpa azab yang kekal." (11: 38-39)

Apabila selesai pembinaan kapal, nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:

Hingga apabila perintah Kami datang dan dapur telah memancarkan air, Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman." Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit. (11:40)

Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dasyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa sehingga mencapai puncak bukit-bukit. Tiada lagi tempat berlindung dari air bah yang dasyat itu kecuali kapal nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan orang-orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan nabi Nuh atas perintah Allah.

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku, Yang berlayar dengan pemeliharaan Kami sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh). (54:11-14)

Allah menghancurkan kaum nabi nuh as

Kapal nabi Nuh belayar dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamatkan diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menelan mereka dalam lipatan gelombang yang mengganas.

Disaat-saat getir itu terlihatlah nabi Nuh akan tubuh puteranya yang sulung bernama “Kan’an” timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan terhadap orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah. Tanda disedari, timbullah rasa cinta dan kasih saying seorang ayah terhadap anaknya yang berada diambang maut. Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat hati memanggil puteranya.

Nabi Nuh : Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir (11:42)

Kan’ann : Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah. (11:43)

Nabi Nuh : Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang (11:43)

Kan’ann : Biarkanlah aku dan pergilah, jauhi aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu. Aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air.

Maka tenggelamlah Kan’ann disambar gelombang ganas dan lenyaplah dia dari pandangan mata ayahnya. Tergelincirlah dia di bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang derhaka itu.

Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku, termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya." (11:45)

Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat) nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan." (11:46)

Nuh berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat) nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi." (11:47)

Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim itu sesuai dengan kehendak dan hokum Allah, surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit Judie dengan iringi perintah Allah.

"Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (11:48)

Begitulah balasan Allah terhadap hambanya yang cuba mengaku sebagai tuhan. Bila Allah mengkehendaki, tiada siapa yang dapat menghalang. Waallhu’alam.




Thursday, November 18, 2010

Senyum

Disepanjang badai kesukaran...


TERSENYUMLAH


Hati yang gundah terasa tenang.. Lihat mereka...



Senyuman..tanda keimanan..

Senyuman ceria..
Senyum kambing

Senyum.. membahagiakan..

Kami juga Senyum
Senyum..pengerat ukhuwah
Senyum..sedekah paling mudah
DISEBALIK kesukaran...
Pasti ada...

Kesenangan selepas kesusahan
Kegembiraan selepas kesedihan
Kejayaan selepas kegagalan

Jiwa-jiwa yang gelisah akan serabut dengan kesusahan manakala jiwa-jiwa yang tenang akan mengatasi kesusahan dengan mudah...

ASY-SYARH (94) : 5-6





Wednesday, November 17, 2010

Nafsu dan Mujahadah


serang!!!

Kata bijak pandai, Nafsu tidak boleh dimusnahkan tetapi nafsu perlu dididik. Kehendak nafsu adalah sesuatu yang boleh menberi keseronokan sementara, khayal dengan pelbagai angan yang dibangkitkan. Pesan Rasulullah dalam sebuah hadis hasan, “seorang mujahid adalah yang melawan hawa nafsunya kerana Allah”. Pada dasarnya, melawan hawa nafsu adalah bertujuan untuk mendidik nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap masa dan perkara. Apabila nafsu dapat dikalahkan, kita akan melebihkan kehendak Allah berbanding kehendak diri kita sendiri.

Persoalannya,macamana nak melawan kehendak nafsu? Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh keseronokan sekarang ni, mereka yang inginkan kebaikan dianggap mundur, tidak maju. Mereka yang berpakaian seksi menjolok mata dianggap bagus dan bermutu. Mungkin disana barulah kita boleh aplikasikan apa yang kita belajar tentang mujahadah. Mujahadah dalam melawan hawa nafsu. Mudahnya, bermujahadah adalah memaksa diri untuk taat kerana tabiat hawa nafsu adalah sesuatu yang disenangi dan disukai oleh jiwa manakala ketaatan adalah sesuatu yang tidak disukai oleh jiwa. Kemanisan dalam ketaatan kepada perintah Allah hanya akan dirasai apabila nafsu dapat dididik. Dan Hasil daripada sebuah mujahadah adalah sebuah ketaqwaan.

Satu perkara yang sudah kita sedia maklum, Perjuangan melawan hawa nafsu adalah sesuatu yang sukar. Dalam surah ke-5 ayat 35 Allah berfirman:

"wahai orang2 yg beriman! Bertaqwala kpd Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung”

Dalam ayat ini, Allah menyuruh kita mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Maksudnya (dari pemahaman saya) jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah sudah tersedia Cuma Allah meminta kita supaya mencari. Perlukan usaha yang gigih sebelum mencapainya. Berhasil ataupun tidak adalah bergantung kepada keikhlasan kita dalam mencari jalan tersebut. Kadang-kadang baru separuh perjalanan kita dah tersungkur, terpaksa tunduk mengalah dengan nafsu. Ini kerana setiap langkah kita pasti akan diuji. Dan beruntunglah kerana kita digolongkan dalam golongan orang2 yang sabar dan sedar untuk mencari jalan itu. Laluannya tidak mudah, sekali lagi perlukan mujahadah dan keinginan yang kuat untuk dekat dengan Allah.

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman, “mereka yang bermujahadah (yakni berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami” Fudail Iyad menyatakan mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.” Junaid Al Baghdadi mengatakan, “mereka yang bermujahadah untuk bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan” sedangkan Abdullah bin Abbas menyebutkan, “ mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan dan ganjaran.”

Lihatlah betapa kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya. Walaupun Nikmat yang diberi kita balas dengan kemungkaran,.Allah tetap sambut dengan pengampunan. Ayuh sahabat.. kuatkan zikir hebatkan fikir. Seorang muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah.. jangan fikir 2kali untuk membuat kebaikan dan jangan selalu fikir diri kita seperti malaikat yang sentiasa suci dari dosa dan maksiat. Jangan sesekali main tarik tali dengan nafsu kerana diakhirnya pasti kita yang akan merasai kerugiannya.

Waallahua’alam

Friday, November 12, 2010

KEmbali beraksi.. ;)


jalan ke syurga..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang Maha Menjaga.. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.. ya.. dalam kerugian.. lama say tinggalkan blog ni.. bukan stakat berhabuk. Berdebu.. malah anak beranak lipas pun banyak..hehe.. tiada alas an yang best kenapa saya tinggalkan.,mungkin sebab kekangan teknologi yang kadang-kadang menyusahkan.. abes je belajar 5 bulan lebih yang lepas,.saya terus membiarkan “pak cik DIGI” tanpa bayaran,. Bukan apa, pak cik DIGI xdapat masuk dalam kampong saya.,membazir je pun kalu bayar..hehe.. (alas an lagi). Dan dalam masa 5 bulan lebih yang lepas, banyak perkara berlaku pada saya yang sangat2 mengajar saya, jalan dakwah itu bukan untuk orang yang manja, bukan untuk orang yang sentiasa menunggu, bukan untuk orang yang nak rileks… Ya,.. jalan dakwah tidak akan pernah menunggu kita, malah ia akan terus maju kehadapan tanpa kita bersama dengannya..

Dalam tempoh itu juga, saya menimba pengalaman menaadi seorang pendidik. Walaupun statusnya hanya guru ganti, namun saya amat bersyukur kerana banyak yang dapat saya belajar daripada anak-anak murid saya (mcm terbalik je kan, emm,..tu la hakikatnya). Kebetulan dapat mengajar kat sekolah lama (SMKA BP), pertama sekali masuk kelas tingkatan 6 atas, seronok sebab jumpa junior2 waktu sekolah dulu, saya form 5 diorng form 1., jadi diorang pun keliru nak panggil ustazah ke kak olyn..hahaha.. seronok.. Yang paling saya xboleh lupa, masuk je sekolah, saya lapor diri pada GPK 1 dan dapat jadual guru yang patut saya ganti. Guru tersebut expert in SEJARAH.. jadi saya kenalah ajar sejarah.. nak di jadikan ceritakan, start masuk kelas form 6 tu saya ajarlah sejarah tingkatan 6. Da la xpenah masuk form 6, xtau mcam mana kaedah pembelajaran diorang tetibe kena mengajar. So, dengan penuh yakinnya saya terangkan TAMADUN ISLAM. Alhamdulillah,. Walaupun dapat ijazah kepujian sains makanan dan pemakanan, IJAZAH ketamadunan Islam xpernah saya lupakan.. (tu la untungnya bagi sesape yang join halaqah) huhu.. Diorang bukannya tahu yang saya terangkan tu sebenarnya ANTARA SEMALAM DAN HARI INI, terkandung dalam Risalah taklim as-syahid HASSAN AL-BANNA. Bila saya semak semula, semua fakta tu ada dalam diorang punya buku rujukan tamadun islam tapi biasalah dah banyak yang di edit. Alhamdulillah, saya berada kat sekolah selama 2 bulan 1/2 . sepatutnya contract sampai akhir tahun tapi saya resign sebab …. Emm.. ada sebab2 tertentu..

Lepas je resign (after hari raya), saya yakin rezeki kita Allah yang pegang, jadi waktu tu saya dapat panggilan untuk join IMREC (iskandar Malaysia research centre) program selama 3 bulan. Ala, program untuk lepasan siswazah. 1 bulan classroom, 2 bulan training. Abes da 1 bulan classroom, dan sekarang sedang training.. sepatutnya internship tapi saya terus dapat bekerja kat satu hospital swasta di johor. Dan sekarang.. saya bekerjalah…huhu..

Tu la serba sedikit apa yg saya lalui selama 5 bulan lebih yang saya xupdate blog ni… ke sana kemari sampai terlupa yang saya pun ada blog macam kawan2 saya.,. dan selepas ni insyaAllah.. saya mohon diberi kekuatan untuk menulis lagi.. berkongsi pengisian untuk hati2 yang memerlukan.. semestinya hati saya sendiri, mustahil gelas yang kosong dapat membajiri kawasan sekitarnya,. Begitulah hati.. hati yang kering tidak akan dapat membasahi hati orang lain.. saya mohon kekuatan dari Allah.. semoga saya masih lagi thabat di atas jalan yang saya pilih.. jalan yang sukar, yang penuh duri2 tajam.. namun, jalan ini lah yang saya yakini yang akan membawa saya kerehatan yang abadi di sana…

Terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang tak abes2 memberikan nasihat kepada saya.. saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan yang sukar ini Allah anugerahkan saya sahabat2 yang banyak membantu..menyokong.. sebagai penguat untuk terus melangkah.. redha Allah terlalu mahal…itulah yang saya nak kejar.. biarpun saya perlu merangkak untuk mendapatkannya.. mudah2an ada kebaikan untuk kita bersama.. insyaAllah..
Waallhualam..