Tuesday, June 30, 2009

Di suatu malam yang sunyi..


Malam itu, aku bangun menghadap Rabb yg Satu.. satu per satu memoriku mengungkap ‘kenakalan’ku di suatu zaman.. zaman jahilliyah moden...apakah??

“Astagfirullahal’azim.. baru aku tersedar apa yg berlaku selama ni.. dasyat sungguh kehidupan silamku. Aku tidak mahu balik semula ke zaman itu. ya Allah.,tetapkanlah hatiku di jalan ini, berilah aku peluang untuk merasai nikmat cinta pada Mu.. Aku inginkan keberkatan dalam setiap ilmuku.. Ampunkan dosa2ku Ya Allah,,. Ampunkanlah.. siapalah aku di pandangan Mu,jika aku tidak layak untuk menerima sentuhan kasihMu,. Cukuplah sekadar Engkau memandangku,menoleh kepadaku agar aku tidak terus terbuai dengan keseronokkan dunia yg sementara. Namun Ya Allah, hambaMu yg hina ini merayu agar Engkau terus ‘mendidikku’ sehingga kenafasku yg terakhir”.

Air mata itu jatuh lagi.. entah yang keberapa kali.. Air mata keinsafan dari seorng hamba yang daif. Hamba yang mengharapkan keredhaan Tuhannya. Malam itu,. aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat di rasa. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri. Nur keinsafan yg hadir begitu menyentuh hatiku. Nafas di hela perlahan-lahan. Mencari erti sebenar kehidupan. Mencari makna cinta yang hakiki.
Hatiku merintih meminta ‘ubat’.. jiwaku ‘kosong’ penuh debu2 dosa. Bunyi cengkerik tidak ku endahkan.. saban hari, kurasakan hidupku tidak berguna lagi.. apakah yang harus dilakukan tatkala harapanku pada manusia musnah? Hati yg diikat kuat dengan kelas2 agama selama ini roboh, terbuka segala ikatan itu. Beginilah bahana cinta apabila tidak di salurkan dengan betul. Dalam hati, aku mencerca diriku sendiri lantaran mudah tertipu dengan bisikan syaitan.. aku terlupa dengan tujuan hidupku..

“ Arghhh.. kenangan lalu terlalu menghimpit jiwa ku..lepaskanlah aku.. bebaskanlah aku dengan dunia” sakit tekakku menjerit, namun tiada siapa yang mengendahkannya.. Aku merenung kembali tujuan hidupku didunia ini.. sering dibisikkan kepada hati..

“wahai hati,. Kau cuma hamba kepada Raja yang Maha Mulia,.kau Cuma HAMBA kepada Allah. Tujuan hidupmu adalah Untuk beribadah kepadaNya”

Ahh, mungkin mudah. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadah itu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Sering sekali tujuan hidup dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat. bila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat. Acapkali keperluan hidup bertukar menjadi TUJUAN hidup. Semua ini adalah lantaran terpesona dengan cinta yang sementara.

Hakikatnya, tujuan itulah yang pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh. Manakala makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta serta dunia segalanya hanya keperluan hidup. Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu ialah alat mencapai tujuan. Tujuan itu letaknya di hati. Manakala keperluan itu harus di letakkan di tangan. Apakah hatiku sarat dengan TUJUAN? Atau alpa hanya memburu membanyakkan keperluan di tangan?

Ah, malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Pada hal, hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan Allah. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari sering juga keperluan dimartabatkan sebagai tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas tapi tak pernah puas!

"Ya Allah.. kuatkanlah langkahku.. kurniakanlah kesabaran dan ketaqwaan keatas jiwaku.."

"Wahai hati.. hentikan saja angan-angan mu.. hentikan saja kiraan waktumu..masanya belum tiba lagi untuk engkau memiliki cinta itu. Duhai hati,. Janganlah engkau sibuk mengejar cinta itu, tetapi kejarlah cinta Allah. Carilah keredhaan di setiap langkahmu."

"Wahai hati,. Janganlah engkau lekakan aku dengan angan-anganmu sehingga aku terlupa akan tujuan hidupku. Sedang masih banyak ilmu yang perlu ku raih. Duhai hati, sedarkah engaku dugaan itu sunnah perjuangan? Tapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapi. Kau perlu tabah dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi tabah dalam sehari dua…"

"Wahai hati,.bersabarlah.. perjalanan kita masih jauh.. bersabarlah.. teruskan doa dan tawakalmu.."

Hati ‘besar mu’ boleh menipu wahai diri… tetapi ‘hati kecil mu’ tidak mampu menipu. Hati kecil mu sentiasa tidak rela dan tega untuk menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila kau cuba menduakan cinta yang SATU.

Sedarlah wahai hati,. Makanan dan ubat jiwa bukan harta… tetapi cinta. Bukan cinta pada manusia tetapi Cinta Allah dan takut kepada-Nya.

Malam kian larut. Mata tidak mahu tidur diheret dalam kembara hati yang bersimpang-siur. Apakah destinasi ku saat ini? Kembara hati ku terus melangkaui dinihari… Hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri! Ya, Allah… benarlah seperti yang dirintihkan oleh Sayidina Ali di satu ketika di malam-malam begini, “Wahai dunia, janganlah tipu aku… janganlah tipu aku… aku telah ceraikanmu dengan talak tiga!”


No comments: