Semester baru telah bermula beberapa minggu yang lalu. Mahasiswa dari pelbagai pelusuk negeri telah kembali ke bumi sabah (khusus untuk mahasiswa UMS) untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang muslim yang sedang belajar. Sebagai pelajar yang bermusafir di negeri orang, kita mestilah mempunyai bekalan yang di perlukan di dalam perjalanan supaya tidak tersekat matlamat kita datang ke sini. Bekalan yang penting bagi pelajar dari semenanjung ialah kad matrik UMS, dimana kad matrik ini di gunakan sebagai pas masuk ke sabah. Anyway, bukan nak cerita sangat pasal kemasukkan ke UMS atau apa2 yang bersangkut paut dengannya. Cuma sebagai gambaran kepada kita semua bahawa setiap apa yang kita hendak lakukan perlunya bekalan dimana ia menyediakan sebab-musabab yang membolehkan kita meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya.
Sememangnya kita telah sedia maklum perkara pertama yang kita perlukan di jalan dakwah ialah perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak geri dan diam, bahkan pada setiap detik. Allah berada di mana-mana sahaja yang kita mahukan. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia akan kehilangan dan sesat. Maka disaat itu, kita adalah di kalangan orang-orang yang rugi. Na’uzubillah.. Namun, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Dan taqwa yang terbaik adalah apa yang membawa kita kepada apa yang di kehendaki Allah. Teringat ana pada pengisian halaqah yang lepas, taqwa itu bukanlah terletak pada banyaknya amalan tetapi bergantung kepada berapa banyaknya maksiat yang kita tinggalkan dan berapa banyak kehendak nafsu yang kita endahkan.
Kenapa perlunya bekalan?
Sebagai da’e yang menyeru kepada kebaikan pasti akan diuji. Pada waktu tertentu, diri kita akan di selubungi perasaan lemah semangat dan malas. Seolah-olah, nak tinggalkan semuanya. Kecewa sebab masyarakat sekeliling tidak menyahut seruan yang disampaikan. Kadang-kadang sampai kita terduduk dan menangis sendiri dan kadang-kadang rasa seperti orang yang kurang siuman. Jika ianya berterusan, di khuatiri seseorang itu akan berehat dan tidak beramal. Tetapi orang mukmin saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran sepertimana yang di anjurkan dalan al-quran. Kita akan sabar dengan pelbagai ujian, namun kadangkala susah untuk redha dan memberi peringatan mendatangkan manfaat untuk orang mukmin. Kata-kata nasihat dari saudara kita mendatangkan kesegaran buat hati yang sedang lesu dan lemah.
Para pendakwah dijalan Allah juga seringkali berhadapan dengan pelbagai peristiwa dan pendirian yang mendukacitakan, menyusahkan dan meragukan. Mereka perlu menetukan pendirian yang sesuai dengan islam ketika brhdapan dengan pelbagai sikap dan peristiwa. Mereka perlu membuat pertimbangan yang sempurna bertepatan dengan perspektif islam dan mengemukakan pandangan yang benar; sekalipun terpaksa menghadapi tentangan dan merasai keperitan. Sikap ini tidak dapat di laksanakan sedikitpun dan tiada apa yang dapat membantunya melainkan iman dan taqwa.
Dalam surah al-talaq: 2-3 Allah mengingatkan;
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka. Dan ingatlah, sesiapa berserah diri kepada Allah maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya.”
Dan Allah juga berfirman:
“…. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar…. (at-taghabun: 11)
Pada persabahatan yang soleh terdapat bekalan
Ukhuwah yang di bina atas dasar cinta kepada Allah adalah ni’mat terbesar yang Allah sediakan kepada kita setelah nikmat iman dan islam. Allah menganugerahkan nikmat ini kepada orang-orang yang beriman dan menyeru mereka untuk bersatu, tidak bercerai berai seperti dalam firmannya:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (ali-‘imran:103)
Ia merupakan nikmat yang tidak dapat di beli dengan wang atau kekayaan dunia tetapi ia wujud dengan kurniaan dan kekuasaan Allah
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana”. (al-anfal:63)
Sesungguhnya ikatan ‘aqidah islam adalah ikatan yang paling kuat secara mutlaq. Orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhwwah kerana Allah merasakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang tidak pernah di rasakan oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan dunia. Kemanisan yang dirasai hanya dapat di rasa oleh mereka yang bersama-sama melaluinya. Apa lagi yang di perlukan pada sebuah persahabatan, di kala sunyi ada sahabat yang menghiburkan, di kala susah ada sahabat yang meringankan, di kala sakit ada sahabat yang mendoakan, di kala lemah dan hilang semangat ada sabahat yang sentiasa di sisi memberi kata semangat untuk meneruskan perjuangan. Alangkah indahnya persaudaraan itu..
Alangkah bahagianya saat ketika bersama sahabat. Yang berat jadi ringan, yang kusut jadi tenang. Alangkah tepatnya kalau kita dapat memelihara nikmat-nikmat tersebut dengan sekuat tenaga dan dengan cara dan jalan yang kita sanggup. Wahai sahabatku,.. pada zahirnya kita adalah jauh, namun hakikatnya kita adalah dekat. Rabitah mendekatkan kita dan mengukuhkan ukhwwah kita. Moga2 kita dapat bertemu lagi, andai tidak sempat di dunia.. insyaAllah di syurga nanti.. amen.. Salam rindu untuk semua.. Teruskan perjuangan!!!

3 comments:
salam buat sahabat yang disayangi..
Alhamdulillah.. benar..ukhwah yg terjalin berlandaskan iman dan ketakwaan kepada Allah itu sgt indah dan manis terasa..
syukran buat mu dan juga sahabat2 yg lain kerana ttp memberi support kpd diri ini di kala diri ini terasa sgt lemah. jazakallahu khairan
Pada persahabatan yang baik itu ada bekalan buat kita semua.Jzklh bantu KRIM J dan agama Allah.tt
Post a Comment