Petang itu,ana berpeluang bersiar-siar di tepi pantai Teluk Likas,.kawasan rekreasi yang baru di bangunkan DBKK dua tahun lepas. Baru bagi ana je kot, coz baru dapat pegi. Lebih kurang 5 minit dari UMS. Kat sana, pelbagai ragam manusia dapat di perhatikan. Ada yang berkelah dengan family, ada yang meraikan ulang tahun, ada yang bermain layang-layang dan tak kurang ada yang sedang khusyuk bermesraan tanpa menghiraukn keadaan sekeliling. Penat berjalan lalu ana mengambil keputusan untuk duduk menikmati angin petang yang menyegarkan.. Tidak ana hiraukan orang-orang itu lagi.
Tenang.. Serasa terbang segala apa yang terbeban di otak..
Dari jauh ana perhatikan seorang kanak-kanak yang ana kira baru nak pandai berjalan.. bertatih jatuh.. Comel,. Mulalah naluri keibuan menerjah fikiran. Ana tersenyum sendiri. Dia berjalan dengan gembira, tidak menghiraukan ibubapanya, tiada masalah yang menyelubungi hidupnya.. Mestilah.. Baby kan.. Tiada lagi tanggungjawab yang perlu di pikul..
Senyum lagi.
Ana tumpang bahagia melihat keletahnya.. Dunia kanak-kanak.. Hanya pandai puaskan hati sendiri.. bisik ana sendiri. Teringt ana pada kata-kata sayyid qutb dalam muqaddimah fil zilal,
“Perenggan 4 --> Aku telah hidup di bawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah itu berbangga2 dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita2 kanak2 sama spt pandangan seorang tua kepada mainan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?”
Kat perenggan ni, sayyid Qutb mengumpamakan manusia sekarang sama pemikirannya macam kanak-kanak. Lihat sahaja kanak-kanak tadi, suka main sendiri, tak hiraukan mak ayah dia, nak puaskan hati sendiri, tak fikir pun yang di hadapan dia ada ombak yang ganas, tak reti nak bezakan yang mana baik mana buruk. Tak pe lah dia masih budak kan. Jadi kita sebenarnya pun cenderung kepada pemikiran budak-budak. Nak kejar harta, nak hidup selesa, berebut pangkat dan berlumba mengejar kemewahan. Sanggup menindas semata-mata nak dapatkan kepuasan sendiri.
Bila kita dah besar panjang ni, sepatutnya kita dah tahu bezakan yang mana intan yang mana kaca. Kita patutnya tahu yang kita sekarang ni dah tak perlukan mainan lagi. Mainan tu da macam tak da apa pun. Kita perlu kaya, kita perlu ada kedudukan tapi itu tidak bermakna kita perlu menghambakan diri pada harta dan kedudukan tu. Jom imbau balik kisah sahabat,. Abu bakar, Abdul rahman, Mus’ab dan lain-lain, mereka kaya tapi bagaimana mereka boleh zuhud? Sanggup korbankan kekayaan mereka untuk jihad? Ini kerana mereka tahu segala harta mereka umpama barangan mainan. Yang mereka akan tinggalkan. Allah kan da ingatkan kita melalui surah An-Ankabut ayat 64..
Firman Allah:
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui. (Al Ankabut 29:64)
Jadi, adakah kita perlu hanya duduk kat masjid bertafakur?? Perlu lupakan dunia? Tak perlu belajar bersungguh-sungguh?
Tak.. tidak sama sekali,. Kalu tayar kereta pancit, kita perlukan tayar spare, skru dan spanar kan? Macam tu jugaklah dengan dunia. Dunia ini ibarat tools kita untuk kaut segala saham. Kita perlu kaya untuk infakkan di jalan dakwah,. Kita perlu ada kedudukan sebagai wadah pembentukkan ummah akan datang. Tamaklah kita dalam mengumpul ‘saham’ akhirat. Supaya kita tidak muflis disana. Wallahua’lam.
Firman Allah:
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar! ( Al Hadid 57:11)
No comments:
Post a Comment