Tuesday, March 31, 2009

Salam Mujahadah untuk semua<<


Pejam celik, pejam celik, tub tub daa bulan 4. Sekejap je masa berlalu. Macam baru 4 hari je. Sedar tak sedar, da 3 bulan ana menjalani latihan praktikal. Suka, duka, geram, gembira, sedih,. Semua pun da rasa. Bagi ana, latihan industry ni bukan lah latihan biasa tetapi latihan untuk ana merasai dunia sebenar kehidupan dunia. Selalunya, bila di kampus, ana dan sahabat2 bercakap secara teori sahaja dan membayangkan usaha dakwah akan lebih mudah apabila telah bekerja. Teori itu, sangatlah tidak boleh di pakai. Di waktu bekerjalah cabaran sebenar seorang daie. Hal ini kerana, kesibukkan dunia dan wang ringgit dapat menggelapkan mata para daie yang tidak jujur pada perjuangan mereka. Mengapa ana berkata sedemikian?? Kerana ana sendiri merasai perkara tersebut walaupun masih lagi dalam ‘latihan industri’.

Sahabat-sahabat sekalian,

Ingin ana mengingatkan antum dan ana sendiri bahawa kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara dan tiada apa yang kekal di tangan kita. Dan bahawasanya, kehidupan kita ini akan sentiasa sibuk sehinggalah kita menemui Tuhan kita. Dalam keadaan kita tidak sedar dengan berlalunya banyak masa, kita sebenarnya sedang bergerak laju untuk menemuiNya.

“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya” (Al-Insyiqaq: 6)

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi. Sepertimana yang Allah firmankan dalam Al-‘Asr.

“Demi masa. Sungguh, manusia dalam kerugian KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”

Untuk itu, apabila kita sudah selesai melakukan sesuatu urusan maka bergeraklah untuk meneruskan urusan yang lain pula. Kerana kita sudah tidak punya banyak masa untuk dibuang. Semakin jauh perjalanan semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan dan semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan yang mampu mengayuh layar kehidupan kita dalam ketenangan. Andai kita tidak mahu sibuk dengan urusan2 akhirat, nescaya kita akan sentiasa di sibukkan dengan urusan dunia. Dan di kala itu, syaitan sudah boleh untuk bertepuk tangan dan berpesta dengan kekalahan kita melawannya.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan salam mujahadah untuk semua. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dunia yang akan datang tidak lama lagi. Ingat dan berpeganglah dengan janji Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad:7)

Siapa yang lebih menepati janjinya selain Allah?. Oleh itu, niatkanlah kecemerlangannya nanti sebagai wakaf untuk membina ummah dan membangunkan Islam. Ikhlaskanlah hati ketika menuntut ilmu kerana ilmulah yang menghampirkan seseorang kepada zikrullah. Sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair,.

“Tidak mungkin seseorang dapat mengenal Allah tanpa ilmu”.

Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah adalah termasuk dalam pengertian takut kepada Allah kerana ilmu merupakan nur bagi hati dan cahaya bagi mata. Sesungguhnya melalui ilmu, halal dan haram dapat di bezakan. Ilmu juga adalah tanda arah jalan ke syurga, penghibur hati ketika gelisah, teman dalam perjalanan, guru ketika keseorangan. Memberi petunjuk dalam kesenangan dan kesusahan dan senjata ketika melawan musuh membela kawan. Jangan sangka ilmu yang kita belajar sekarang adalah ilmu dunia semata-mata. Carilah hikmah dalam setiap kejadian, nescaya kita akan menemui suatu keajaiban yang Allah sembunyikan.

Sebagai contoh yang mudah, hanya melalui kajian makanan (sorilah, ana ni budak makanan) kita dapat merasai kasih sayang Allah yang terlalu banyak. Mungkin ana boleh share pada entry akan datang. insyaAllah. Mentelaahlah dengan bersungguh-sungguh kerana mentelaah pelajaran adalah umpama puasa dan menghafalnya adalah seperti bertahajud. Ana doakan kita semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang,bukan sahaja di dunia malah cemerlang juga di akhirat. Amin.

BIT TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN..
IJAZAH itu alat, RISALAH itu matlamat..
Doa kita..
“Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi musim imtihan ini dengan penuh taqwa kepada Mu dan iringkanlah kami dengan kejayaan yang cemerlang”

Monday, March 30, 2009

:. watever u think bout your God.:

Cinta ALLAH mengatasi cinta sesiapa jua
Cinta manusia hanya satu bahagian daripada cinta ALLAH
Cinta ALLAH adalah 99 kali cinta manusia

Ibu…betapa kau menyayangi diriku
Kaulah yang melahirkan dan mendidikku
Ayah…betapa kau mengasihi diriku
Kau berkerja tanpa jemu demi memenuhi permintaanku
Saudaraku…betapa kau menyintai diriku
Kau sentiasa disisiku dalam memberi dorongan dan tunjuk ajar.

(JIKA KITA SUDAH RASA BAHAGIA BILA DISAYANGI OLEH SESEORANG,
BAYANGKANLAH…BETAPA LUASNYA CINTA ALLAH
YANG MENCIPTAKAN DAN MENGURUSKAN KITA SEMUA???

ALHAMDULILLAH… BERSYUKUR KEHADRAT RABBUL JALAL
Aku diberi nikmat ISLAM & IMAN… sedangkan ramai manusia lain yang kafir
Aku diberi peluang mendalami ISLAM…sedangkan masih ramai Muslim yang terkapai-kapai tidak memahami ISLAM
Aku diberi peluang untuk belajar di IPT…sedangkan ramai lagi yang lebih layak


Ya ALLAH…betapa beruntungnya diriku
Kau tidak jemu memberi nikmat kepadaku
Walaupun aku telah banyak melakukan dosa terhadapMU
Terima kasih ya ALLAH… Syukurku yang tak terhingga terhadapMU

Ya ALLAH, Ya Tuhanku…
KAU bimbinglah aku dalam mendapatkan cintaMU…
agar dapat kurasakan kemanisan beribadat kepadaMU
KAU tetapkanlah keimanan dalam hatiku
KAU pimpinlah diriku dalam mencintai kebaikan dan membenci kemaksiatan
KAU bantulah aku dalam menambahkan sifat-sifat mahmudah dan membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri ini
KAU kuatkanlah semangatku dalam istiqomah beribadah kepadamu

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Jangan KAU pesongkan hatiku setelah ENGKAU kurniakan rahmatMU kepadaku
Kurniakanlah kepadaku cintaMU, cinta mereka yang mencintaiMU dan
cinta kepada perkara-perkara yang menambahkan kecintaanku kepadaMU

YA ALLAH,
Kurniakanku kekuatan di sepanjang perjalanan.. amin..

>>kasih sayangMu Tuhan



Diberikan panas untuk merasa nikmatnya sejuk

Diberikan gelap untuk merasakan nikmatnya terang

Diberikan sakit untuk merasakan nikmatnya sihat


Diberikan lapar untuk merasakan nikmatnya kenyang


Diberikan siang untuk merasakan nikmatnya malam

Diberikan kepahitan untuk merasakan nikmatnya kemanisan

Diberikan susah untuk merasakan nikmatnya senang


Diberikan kesengsaraan untuk merasakan nikmatnya kebahagian

Diberikan mengantuk untuk merasakan nikmatnya tidur


Diberikan rindu untuk merasakan nikmatnya cinta

Diberikan perpisahan untuk merasakan nikmatnya pertemuan

Diberikan maut untuk merasakan nikmatnya hidup yang kekal abadi


>>for watever situation you are, remember..
KASIH SAYANG ALLAH MELEBIHI KEMURKAANNYA<<

Kerana sebiji Pisang<<


Allah SWT amat bijaksana dalam menjadikan buah-buahan yang berbagai jenis dengan setiap satunya di lengkapi dengan rasa dan bau yang berbeza-beza walaupun hakikatnya tumbuh di permukaan tanah dan sumber air yang sama.

Contoh yang mudah, buah pisang yang tumbuh sentiasa berwarna kuning apabila telah cukup masak dan memiliki isi yang sangat sedap serta manis tanpa sebarang bau busuk tanah atau lumpur di mana ia ditanam.

Di dalam Al-Quran, telah disebutkan berjenis-jenis buahan yang mutakhir kini telah di buktikan penting kepada fisiologi manusia untuk menghalang jangkitan penyakit tertentu. Selain baik untuk kesihatan, buah-buahan juga mempunyai pelbagai rasa tersendiri yang sedap dan lazat.
Kepelbagaian jenisnya serta tekstur yang indah telah menjadi kriteria penting penciptaan untuk di fikirkan.

Allah berfiman:.


“Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, dan darinya Kami keluarkan tanaman yang menghijau dan darinya Kami keluarkan butir benih yang banyak dan dari mayang kurma mengurai tangkai2 yg menjurai, dan kebun-kebun anggur dan zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikan buahnya di waktu pohonnya berbuah dan menjadi matang. Terdapat tanda-tanda di dalamnya bagi orang-orang beriman” (al-An’am:99)

Melalui pisang..iman meningkat!!

Bunyinya mcm menarik, dengan berfikir tentang pisang dan kejadiannya kita dapat meningkatkan iman. Dalam ayat di atas, hanya orang yang beriman dapat merasai kehebatan Allah dan dapat berfikir hikmah kejadian buah ini.
MasyaAllah, hebat dan telitinya Allah menciptakan sesuatu untuk hambaNya. Semua yang Dia ciptakan mempunyai keunikkan dan kehebatan tersendiri, baik dari kesihatan mahupun dari segi ekonomi. Dalam entry kali ni, ana nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang kehebatan pisang yang Allah sediakan untuk kita.

PISANG


Buah pisang tidak ketinggalan dalam senarai buah-buahan yang di sebutkan dalam Al-Quran sebagai buah-buahan Syurga;


“berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang (dengan buahnya) yang bersusun-susun” (al-waqiah:28-29)

Di syurga kelak, pisang yang menjadi santapan mukmin adalah jauh lebih lazat berbanding dengan kelazatan pisang yang mampu di bayangkan ketika di dunia. Ketika itu, pisang akn terpelihara dari menjadi busuk malahan mempunyai rasa dan bau yang tak terbayangkan. dan Pisang di syurga tidak perlu kawalan etilina semasa penstoran. Pun begitu, dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah telah menjadikan pisang yang serupa dengan di syurga sebagai sumber rezeki manusia ketika berada di dunia.


Selain dari kandungan karbohidrat dan potassium yang besar, buah yang berkhasiat ini terdiri daripada nisbah kandungan 75% air, 1.3% protein, dan 0.6% lemak. Ia juga di akui penyembuh mujarab bagi beberapa jenis penyakit selain pengambilannya ketika demam, masalah penghadaman serta otot yang mengalami kekejangan atau pun kendur. Kadar potassium setinggi 0.24% didapati berperanan dalam mmudahkan penyingkiran bahan kumuh daripada badan.


Vitamin B6 yang di temui banyak dalam pisang juga berperanan besar dalam proses pengaktifan tindakbalas kimia bagi protein dan asid amino serta terlibat dalam memastikan fungsi otak yang normal. Selain itu, ia turut bertanggungjawab dalam mengawasi proses pembentukkan sel darah merah, kadar keseimbangan kimia dalam cecair tubuh dan meningkatkan ketahanan mengawal tekanan.
Dalam beberapa kajian yang di jalankan, pisang juga membantu dalam pelangsingan badan dan termasuk dalam makanan awet muda!!

Daripada apa yang kita bincangkan di atas, dapatlah di simpulkan bahawa Sang Pencipta seluruh umat manusia adalah Maha Pemberi dengan memanfaatkan ciptaan buah pisang untuk manusia. Dan kesinambungan daripada seluruh proses ini adalah di saat Dia memperkenankan segala keinginkan dan keperluan manusia dengan disusuli peringatan agar memelihara diri daripada tergolong kedalam para hambaNya yang tidak tahu bersyukur..


“Dia telah memberi kamu segala yang kamu minta dariNya. Jika kamu cuba menghitung rahmat Allah, kamu tidak akan dapat menghitungnya. Manusia sesungguhnya melakukan keburukan, tidak bersyukur” (Ibrahim: 34)

Thursday, March 26, 2009

>> Perniagaan yang tidak akan rugi.. JOM JOIN!!

Di pagi Jumaat yang indah...

" Assalamualaikum mak jah" sape ana pada seorang jururawat kesihatan kat pejabat ni..

" Waalaikumsalam olyn" jawabnya dengan ramah..

" oh ya,.. ni sarung tangan yang mak jah nak., ada kalor hitam, coklat dan putih,. try la dulu kalu sesuai amik lah"

" owh.. nie sesuai sangat, bole lah, mak jah amik semua lah" katanya melegakan hati ana.

" kalu mak jah nak wana krim dan pink pun ada dalam kereta" ana masih lagi mempromosi sarung tangan buatan sendiri 2..

" emm,olyn pegi la amik, mak jah tukar kalor putih ni dengan kalor krim,. pink pun mak jah nak"

Alhamdulillah,syukur.. ana pun apa lagi, terus je amik sarung tangan dalam kete..

" duitnyer nanti ya olyn,.mak jah x bawak duit hari ni"

" ok,. bole je" balas ana.

selepas tu, mak jah terus memulakan tugasnya dan ana menaip entry ni,.amik masa keje sekejap..hehehe..

Macam tu la bisnes dengan manusia,. ada kala orang suka, ada kala orang tak suka. ada kala untung, ada kala rugi.. adat orang berniaga..

teringat ana pada kalam Allah dalam kitabnya:

"wahai orang-orang yang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

"iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah denga harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (61:10-11)

Subhannallah,. hanya dengan beriman dengan Allah dan RasulNya kita akan terselamat dari azab yang pedih.. bukan itu sahaja, malah dalam ayat yang lain Allah menyatakan hasilnya andai kita membuat perdagangan denganNya. Di antaranya:

  • Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan akan memasukkan kita kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan akan memasukkan kita ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. (61:12)
  • Mendapat pertongan Allah dan mendapat kemenangan yang dekat waktunya ( 61:13)

MasyaAllah.. Pemurah dan sayangnya Allah pada kita.. Segala apa yang kita miliki sekarang, nikmat yang di berikan semua dari Dia, tidak ada satu pun yang kita punya sendiri..tapi kita sebagai manusia biasa,. selalu alpa dengan nikmat2 tersebut.. lupa dengan seruan jihad.. sering abaikan segala tanggungjawab yang telah di berikan.. lupa matlamat dan leka dengan dunia. Kita sebenarnya zalim dengan diri kita sendiri.. kerana apa? kerana ganjaran yang Allah da sediakan kita mensayonarakannya.. sanggup membiarkan ganjaran tersebut 'terbang' kerana sibuk mengejar keseronokkan dunia yang bila2 masa je kita akan tinggalkan.

dan lagi, Allah kata:

"sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan SYURGA untuk mereka.....
.....Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung" (9:111)



Sounds like a great deal!!!

SubhannAllah..sesungguhnya inilah perniagaan yang memang tidak akan rugi.. dan orang2 yang tidak menyertai perniagaan ini adalah tergolong dalam orang yang tersangat rugi.. dan secara fitrahnya, kita tidak mahu dan tidak suka rugi dalam perniagaan kita.. so tunggu apa lagi????

Jom join!!! jangan lepaskan peluang ni!! terbuka kepada semua.. tidak mengira peringkat umur,pangkat, dan lain2.. hanya bekalan iman dan taqwa sahaja..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Ya Allah,. tambahkanlah kepada kami rezeki yang halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikkan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.."

Wednesday, March 25, 2009

TEMURAMAH BERSAMA PUAN RASHA, ISTERI AS SYAHID DR ABDUL AZIZ AR RANTISI


Beliau sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat sampai ke Malaysia. Setelah mendengar penyampaian oleh Puan Hashimah Salleh, Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor, 2008, beliau memberitahu hadirin bahwa beliau seolah-olahnya mendengar penyampaian itu bukan dari orang Malaysia bahkan terasa macam disampaikan oleh orang Palestin sendiri kerana isinya benar-benar menyentuh hati dan itulah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang-orang Palestin termasuk
suaminya As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.

Beliau kemudiannya memberi penyampaian dan amanat kepada semua hadirin dengan suara yang begitu bersemangat tanpa ada kelihatan tanda-tanda kesedihan di atas pemergian suaminya lima tahun yang lepas. Ini sungguh membuktikan keteguhan iman beliau dan kesabaran yang cukup tinggi yang hanya mengharapkan redha Allah swt.

Sempena kedatangan beliau ke sini, marilah kita cuba meneliti liku-liku kehidupan beliau bersama suami tercinta melalui wawancara yang diadakan setelah kesyahidan suami beliau, As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.

Kita semua sudah tahu akan syahidnya Dr Abdul Aziz Ar Rantisi pada 17 April 2004. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong yang tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasha (Ummu Muhammad). Mari kita sama-sama selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah
(sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Al-Baqarah : 120)

Kata-kata beliau (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tidak ternilai serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadhu' yang terhimpun dalam percakapannya, perbualannya dan juga tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya :
Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampai matlamatnya, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan dan rasa izzah. Maka dengan kalimat inilah bermulanya wawancara dengan Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz
ar-Rantisi.

1. Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong utama kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat yang sebaya dengan saya yang menjadi pendokong utama kepada gerakan Islam.

Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua ibu bapa saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.

Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doktor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

2. Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh as-Syahid?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t yang telah mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.

Ketika percubaan membunuh beliau pada 10.6.2003, ketika itu saya sedang bekerja, saya menjadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa' yang dipenuhi dengan ramai orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid)sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagiaan yang hakiki.

Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani merah. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak Saidina Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.

3. Bagaimanakah cara Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah, jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar akan keadaan mereka.

Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya sepertimana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang.

Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri sendiri.

4. Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Ahmad Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis memperingati as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu. Beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan
perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para sahabatnya.

5. Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak
menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yasin, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati.

Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu?.

6. Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau iaitu berjuang dan berjihad lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid, penyuluh ke jalan Allah samada dari segi muamalaat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.

7. Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri orang lain kehilangan suami.. Walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya terhadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu kelebihan pemberian Allah s.w.t.

Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio, Suara Aqsa, pada waktu itu berkumandang azan Isya' dan kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau di mana beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya
dan anak-anak dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..

8. Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persediaan beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya?

9. Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya. Maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyelimuti seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

10. Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperibadi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (QS Az-Zariyat : 56).

Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya di mana kesemua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yang
bermuamalah dengannya.

11. Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Keseluruhan kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama.

Ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi. Saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang-barang rumah yang baru. Tanpa saya sedari, beliau datang kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, tiap-tiap sesuatu ada
ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku, kata beliau dalam keadaan tersenyum.

12. Bagaimanakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga, apakah kalimah terakhir as-Syahid dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah.."Tuhanku, masukkan aku ke syurga mu.Inilah
kemuncak impianku.."

13. Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid dan tidak ada yang lebih dari itu.

14. Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiringi kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyhad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

15. Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasulullah s.a.w yang mulia telah bersabda :

"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan akan apa yang di bawahnya".

Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung rahmatNya.

16. Kalimah taujihaat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (QS al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada panduan asal kamu. Kembalilah semula kepada rasa izzah dan kemuliaan kamu. Kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

>> redha atau pasrah??

Antara sabar dan redha?? pastilah Redha lagi baik... kalu kita sabar tapi x redha sabar nye tak de ganjaran apa2.. tapi kalu kita redha dan seterusnya sabar insyaAllah Allah akan turunkan rahmatNya pada kita.. Emmmmm....

macamana pulak dengan redha dan pasrah?? agak-agak ada beza x??

Redha menurut Ibn Rajab alHanbali (w. 774H), Redha ialah suatu perasaan yg berlawanan dgn hawa nafsunya. Cth, bila dia ditimpa musibah, dia menerima penderitaan walaupun bertentangan dgn hawa nafunya.

dan..

Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi ialah menerima akan qadha (ketentuan Allah) dgn tabah dan lapang dada. Berdo'a dan dari lari dari sesuatu waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak redha (al_Islam jld 1).

Dr Qardhawi pula Redha adalah buah iman kepada taqdir (ketentuan Allah) dan qana'ah (merasa cukup) dgn rezki yg Dia berikan. (alIman bil Qadr)

manakala...

pasrah pula..
maksudnyer surrender.. ataupun mengaku kalah..

apa kaitan semua ni dan apa sebenarnya yang ana nak sampaikan??

BOSS always RIGHT!!

Ha..itu la dia..
maksudnya apa??? kita mestilah sentiasa bersabar dengan karenah boss kita walaupun kadang-kadang ada yang kita tak puas hati.. so?? nak sabar ke? nak redha ke? atau mungkin hanya pasrah.. terpulanglah.. tepuk dada tanya iman BUKAN tanya aiman..

p/s: sekadar perkongsian, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Tuesday, March 24, 2009

Berat badan berlebihan???? BAGAIMANA MENGATASINYA?


Tips mengurangkan berat badan dengan selamat..

1. Tetapkan matlamat

Cuba kurangkan 10%dari berat badan anda sekarang dalam masa 6 bulan.

cth:
berat badan anda sekarang 80kg cuba kurangkan 10% daripada 80kg (8kg) dalam masa 6 bulan. iaitu pengurangan berat badan sebanyak 1.3 kg dalam masa sebulan.

2. Lakukan perubahan kepada 3 perkara berikut:

a) Pemakanan anda
b) Menu harian anda
c) Aktiviti fizikal anda

UBAH PEMAKANAN ANDA

- Makan ikut keperluan harian. Ianya bergantung kepada umur, jantina, status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang.
- kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Lebihkan makan sayur, ulam dan buah-buahan.
- pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.

UBAH MENU HARIAN ANDA

- Rancang menu harian yang bersesuaian dengan rancangan pengurangan berat badan anda
(a) kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur
(b) Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak, dan kurang minyak dan menepati selera anda.

TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL ANDA

- kurangkan menonton TV atau tidur siang :)
- amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki
- lakukan sendiri aktiviti harian di rumah mahupun di pejabat

TERUSKAN BERUSAHA!!! ANDA MAMPU NENGUBAHNYA...

Indahnya hidup bersama Illahi<<



Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (10:107)

“Allah, tuhan orang susah, Tuhan orang sebak, Tuhan orang pilu, Tuhan yang memujuk andai kita merajuk, Tuhan yang sentiasa memberi harapan, kala tiada daya menahan ganas gelombang hingga tak bermaya berenang entah ke pantai mana... Begitulah bunyi beberapa ayat dalam mesej yang ana terima daripada seorang sahabat yang ana sayang kerana Allah (moga-moga sentiasa berada di dalam jagaan Allah). Diantara ribuan mesej yang ana terima, mesej ini yang paling terkesan dihati dan membangkitkan ana untuk berkongsi bersama.

Allah, Tuhan yang Maha penyayang, Maha pengasih Maha Memelihara, yang mentarbiah kita dengan pelbagai cara pentarbiyahan. Ada yang kecik, ada yang besar, ada yang ringan ada yang berat, ada yang sedih ada juga yang gembira. Pepatah sering menyebut, hidup ini tidak akan indah tanpa dugaan. Namun, bukan mudah untuk menghadapinya. Sedar atau tidak, ujian yang didatangkan merupakan tiket untuk mendapat keredhaanNya yang sudah pasti syurgalah jaminanNya dengan syarat kita meletakkan 100% keyakinan pada Allah.

Allah SWT telah berfirman dalam alquran yang bermaksud,

‘Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya’Apabila diuji dengan pelbagai ujian, kita mesti redha dengan segala ketentuan Allah. Letakkanlah Dia makam yang tertinggi di hati. Disitu barulah kita rasa betapa manis dan indahnya hidup bersama illahi. Kata saidina Ali, redha itu merupakan salah satu serpihan daripada sifat taqwa kepada Allah. Kita hendaklah redha dengan apa sahaja pemberian Allah kepada kita. Usah mengeluh dan mempersoalkan lagi pemberianNya itu walaupun sukar diterima. Dalam firmanNya, menyebut;

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui".(2:216)

Tidak perlu cepat melatah apabila diuji kerana tiada yang sia-sia pada ciptaanNya. Dia tahu segala yang terbaik untuk kita. Sebagai hamba, kita belum dikatakan beriman jika kita tidak di uji terlebih dahulu. Yakinlah bahawa ujian yang datang itu menunjukkan kasih sayangNya terhadap kita. Segala ujian yang diturunkan adalah tidak sama dan ia terletak pada kapasiti iman hambaNya. Belajarlah menerima suratan takdir dan carilah hikmah yang tersirat disebalik ujian tersebut kerana hikmah tidak akan datang secara bergolek tetapi ia akan hadir secara halus kedalam diri dan kesannya, ketenangan yang hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kita saat itu.
Begitulah betapa indahnya andai hidup bersama Ilahi, yang susah akan berasa senang, yang sempit terasa luas. Apa yang pasti semua itu adalah pentarbiyahan terus dari Allah kepada hambaNya yang dikasihi. Bersangka baiklah dengan Allah kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya. Waalluhu’alam.

>>So u think it is useless??


An old man lived on a farm with his young granddaughter. Every morning atuk wake up early sitting at the table reading his quran. His granddaughter wanted to be just like him and tried to imitate him in every way she could.

One day, the granddaughter asked, “Atuk, I try to read Quran just like you but I don’t understand it, and I do understand, I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?”

The grandfather quietly turned after putting a basket of coal in the gunny- sack, and replied, “take this coal basket down to river and bring me back a basket of water.”

The girl did as she was told, but all the water leaked out before she got back to the house.the grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent her back to the river with the basket to try again.
This time the girl ran faster, but again, the basket was empty before she returned home. Out of breath, she told her grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and she went to get a bucket instead.

The old man said, “I don’t want a bucket of water, I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” the he went out to watch his granddaughter repeating the task. At this point, the girl knew it was impossible, but she wanted to show her grandfather that even if she ran as fast as she could, the water would still leak out before she got back to the house.

The girl again dipped the basket into the river and ran hard, but when she reached her grandfather the basket was empty. Out of breath, she said, “see Atuk, it’s useless!” “So you think it is useless?” the old man said, “Look at the basket.”
The girl looked at the basket and for the first time she realized that the basket was different. It has been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out!

“That what happen when you read the Quran… you might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

:: Read in the name of your Lord who created, created man from clot of blood. Read! Your Lord is the most Bounteous, Who has taught the use of the pen, has taught man what he did not know:: (96:1-5)

The ‘ibrah’ I got after read this story are:
Don’t ever to leave the Quran. It is because the noble Quran is a miracle from Allah to us.

“and this Quran is not such as could ever be produced by other than Allah (Lord of heavens and the earth), but it is a confirmation of the revelation which was before if (Taurat and Injeel) and a full explanation of the Book” ( 10:37)

What U give U will get back <<

juz want to share with u guys.. wat ever u give u will get back insyaAllah..

And to assure that we would want to walk together and hold each others’ hands, our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has told us this hadith once:

“…if anyone fulfills his brother’s needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection..” ( Al-Bukhari and Muslim)

SubhanAllah… what an outstanding offer! I could believe my eyes of the reward given to the ones who are ready to extend help to others. Then it hit me. Let me get something straight here. It says in this hadith that if I fulfill the needs of another person, later on whenever I have any needs to be fulfilled, Allah my Lord, Most Merciful, Most Loving, shall fulfill all my needs in return.

Sounds like a great deal!!!!

Prophet Muhammad himself said that the best time to give charity is when we are all healthy and eager and greedily seeking wealth. He asked once:

“O Allah’s Messenger! What kind of charity is the best?” he replied, “to give in charity when you are healthy and greedy hoping to be wealthy and afraid of becoming poor. Don’t delay giving in charity till the time when you are on the death bed when you say, ‘Give so much to so-and-so and so much to so-and so,” and at that time the property is not yours but it belongs to so-and-so” ( Al-Bukhari)

“those who (in charity) spend of their goods by night and by day, in secret and in public, have their reward with their Lord: on them shall be no fear, nor shall they grieve.” (2:274)

LIFE IS AN OPEN SECRET, YOU, ME AND WE!!..

p/s: di petik dari satu buku yang sudah terlupa judulnya.. :(

Monday, March 23, 2009

:: Tatkala rindu itu datang lagi::


tepat jam 7 23am ana keluar untuk pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk membuat sedikit penyeliaan anemia di kalangan ibu hamil. seperti biasa, Qaswa' la yang setia menemani di sepanjang perjalanan..dalam pada ana berangan-angan macam manala ana nak bersemuka dengan akak2 yang kat klinik nanti,tetiba lagu "sahabat" memenuhi gegendang telinga ana..sedikit rangkap lagu yang ana ingat;

...sahabat, dalam kabur..ku tercari-cari cahaya..
...akhirnya,ku temui sinar ceria di raut wajahmu..
...andainya alam ini mampu berkata-kata..
...menyelam pujian buat dirimu..
...di waktu itu akulah yang bertuah punya sahabat seperti mu..
...sahabat, kau bimbinglah menuju cahaya.. illahi..
...sahabat, aku lemah menghrungi ranjau..dunia..
...sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan.. mengharungi.. hidup ini..

masyaAllah.. ada air di kelopak mata,.kenangan bersama sahabat2 bermain di kepala ana. rindunya dengan mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Di kala susah merka la teman,dikala sakit mrekala yang menguruskan,dikala sedih mereka sedia mendengar, dikala gembira mereka sedia melayan..begitulah sahabat..susah senang di harungi bersama..
teringat ana di suatu masa..
memulakan langkah dibumi sabah bukanlah suatu perkara yang mudah.. bertatih.. jatuh..dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan yang menghulur bantuan ..terasa diri kembara sendiri..di kala ana jatuh trsungkur ada sahabat datang pada ana meniupkan kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan..sakit..memang perit..xmampu rasanya nak teruskan..rasa macam nak nerhenti kat situ..time 2 la syaitan membisikkan hasutan yang lagi sikit je ana nak ikut nasihatnya.. alhamdulillah,sahabat ana datang tepat pada masa.. menyelamatkan ana daripada godaan yang menipu..di waktu itulah, ana dapat rasa betapa berharganya mempunyai sahabat..

untuk sahabat2 ana.. jazakillah ana ucapkan kerana sudi menemani di sepanjang jalan ini..