Allah SWT amat bijaksana dalam menjadikan buah-buahan yang berbagai jenis dengan setiap satunya di lengkapi dengan rasa dan bau yang berbeza-beza walaupun hakikatnya tumbuh di permukaan tanah dan sumber air yang sama.
Contoh yang mudah, buah pisang yang tumbuh sentiasa berwarna kuning apabila telah cukup masak dan memiliki isi yang sangat sedap serta manis tanpa sebarang bau busuk tanah atau lumpur di mana ia ditanam.
Di dalam Al-Quran, telah disebutkan berjenis-jenis buahan yang mutakhir kini telah di buktikan penting kepada fisiologi manusia untuk menghalang jangkitan penyakit tertentu. Selain baik untuk kesihatan, buah-buahan juga mempunyai pelbagai rasa tersendiri yang sedap dan lazat. Kepelbagaian jenisnya serta tekstur yang indah telah menjadi kriteria penting penciptaan untuk di fikirkan.
Allah berfiman:.
“Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, dan darinya Kami keluarkan tanaman yang menghijau dan darinya Kami keluarkan butir benih yang banyak dan dari mayang kurma mengurai tangkai2 yg menjurai, dan kebun-kebun anggur dan zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikan buahnya di waktu pohonnya berbuah dan menjadi matang. Terdapat tanda-tanda di dalamnya bagi orang-orang beriman” (al-An’am:99)
Melalui pisang..iman meningkat!!
Bunyinya mcm menarik, dengan berfikir tentang pisang dan kejadiannya kita dapat meningkatkan iman. Dalam ayat di atas, hanya orang yang beriman dapat merasai kehebatan Allah dan dapat berfikir hikmah kejadian buah ini. MasyaAllah, hebat dan telitinya Allah menciptakan sesuatu untuk hambaNya. Semua yang Dia ciptakan mempunyai keunikkan dan kehebatan tersendiri, baik dari kesihatan mahupun dari segi ekonomi. Dalam entry kali ni, ana nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang kehebatan pisang yang Allah sediakan untuk kita.
PISANG
Buah pisang tidak ketinggalan dalam senarai buah-buahan yang di sebutkan dalam Al-Quran sebagai buah-buahan Syurga;
“berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang (dengan buahnya) yang bersusun-susun” (al-waqiah:28-29)
Di syurga kelak, pisang yang menjadi santapan mukmin adalah jauh lebih lazat berbanding dengan kelazatan pisang yang mampu di bayangkan ketika di dunia. Ketika itu, pisang akn terpelihara dari menjadi busuk malahan mempunyai rasa dan bau yang tak terbayangkan. dan Pisang di syurga tidak perlu kawalan etilina semasa penstoran. Pun begitu, dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah telah menjadikan pisang yang serupa dengan di syurga sebagai sumber rezeki manusia ketika berada di dunia.
Selain dari kandungan karbohidrat dan potassium yang besar, buah yang berkhasiat ini terdiri daripada nisbah kandungan 75% air, 1.3% protein, dan 0.6% lemak. Ia juga di akui penyembuh mujarab bagi beberapa jenis penyakit selain pengambilannya ketika demam, masalah penghadaman serta otot yang mengalami kekejangan atau pun kendur. Kadar potassium setinggi 0.24% didapati berperanan dalam mmudahkan penyingkiran bahan kumuh daripada badan.
Vitamin B6 yang di temui banyak dalam pisang juga berperanan besar dalam proses pengaktifan tindakbalas kimia bagi protein dan asid amino serta terlibat dalam memastikan fungsi otak yang normal. Selain itu, ia turut bertanggungjawab dalam mengawasi proses pembentukkan sel darah merah, kadar keseimbangan kimia dalam cecair tubuh dan meningkatkan ketahanan mengawal tekanan. Dalam beberapa kajian yang di jalankan, pisang juga membantu dalam pelangsingan badan dan termasuk dalam makanan awet muda!!
Daripada apa yang kita bincangkan di atas, dapatlah di simpulkan bahawa Sang Pencipta seluruh umat manusia adalah Maha Pemberi dengan memanfaatkan ciptaan buah pisang untuk manusia. Dan kesinambungan daripada seluruh proses ini adalah di saat Dia memperkenankan segala keinginkan dan keperluan manusia dengan disusuli peringatan agar memelihara diri daripada tergolong kedalam para hambaNya yang tidak tahu bersyukur..
“Dia telah memberi kamu segala yang kamu minta dariNya. Jika kamu cuba menghitung rahmat Allah, kamu tidak akan dapat menghitungnya. Manusia sesungguhnya melakukan keburukan, tidak bersyukur” (Ibrahim: 34)
No comments:
Post a Comment