Tuesday, March 31, 2009

Salam Mujahadah untuk semua<<


Pejam celik, pejam celik, tub tub daa bulan 4. Sekejap je masa berlalu. Macam baru 4 hari je. Sedar tak sedar, da 3 bulan ana menjalani latihan praktikal. Suka, duka, geram, gembira, sedih,. Semua pun da rasa. Bagi ana, latihan industry ni bukan lah latihan biasa tetapi latihan untuk ana merasai dunia sebenar kehidupan dunia. Selalunya, bila di kampus, ana dan sahabat2 bercakap secara teori sahaja dan membayangkan usaha dakwah akan lebih mudah apabila telah bekerja. Teori itu, sangatlah tidak boleh di pakai. Di waktu bekerjalah cabaran sebenar seorang daie. Hal ini kerana, kesibukkan dunia dan wang ringgit dapat menggelapkan mata para daie yang tidak jujur pada perjuangan mereka. Mengapa ana berkata sedemikian?? Kerana ana sendiri merasai perkara tersebut walaupun masih lagi dalam ‘latihan industri’.

Sahabat-sahabat sekalian,

Ingin ana mengingatkan antum dan ana sendiri bahawa kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara dan tiada apa yang kekal di tangan kita. Dan bahawasanya, kehidupan kita ini akan sentiasa sibuk sehinggalah kita menemui Tuhan kita. Dalam keadaan kita tidak sedar dengan berlalunya banyak masa, kita sebenarnya sedang bergerak laju untuk menemuiNya.

“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya” (Al-Insyiqaq: 6)

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi. Sepertimana yang Allah firmankan dalam Al-‘Asr.

“Demi masa. Sungguh, manusia dalam kerugian KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”

Untuk itu, apabila kita sudah selesai melakukan sesuatu urusan maka bergeraklah untuk meneruskan urusan yang lain pula. Kerana kita sudah tidak punya banyak masa untuk dibuang. Semakin jauh perjalanan semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan dan semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan yang mampu mengayuh layar kehidupan kita dalam ketenangan. Andai kita tidak mahu sibuk dengan urusan2 akhirat, nescaya kita akan sentiasa di sibukkan dengan urusan dunia. Dan di kala itu, syaitan sudah boleh untuk bertepuk tangan dan berpesta dengan kekalahan kita melawannya.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan salam mujahadah untuk semua. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dunia yang akan datang tidak lama lagi. Ingat dan berpeganglah dengan janji Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad:7)

Siapa yang lebih menepati janjinya selain Allah?. Oleh itu, niatkanlah kecemerlangannya nanti sebagai wakaf untuk membina ummah dan membangunkan Islam. Ikhlaskanlah hati ketika menuntut ilmu kerana ilmulah yang menghampirkan seseorang kepada zikrullah. Sebagaimana dikatakan oleh seorang penyair,.

“Tidak mungkin seseorang dapat mengenal Allah tanpa ilmu”.

Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah adalah termasuk dalam pengertian takut kepada Allah kerana ilmu merupakan nur bagi hati dan cahaya bagi mata. Sesungguhnya melalui ilmu, halal dan haram dapat di bezakan. Ilmu juga adalah tanda arah jalan ke syurga, penghibur hati ketika gelisah, teman dalam perjalanan, guru ketika keseorangan. Memberi petunjuk dalam kesenangan dan kesusahan dan senjata ketika melawan musuh membela kawan. Jangan sangka ilmu yang kita belajar sekarang adalah ilmu dunia semata-mata. Carilah hikmah dalam setiap kejadian, nescaya kita akan menemui suatu keajaiban yang Allah sembunyikan.

Sebagai contoh yang mudah, hanya melalui kajian makanan (sorilah, ana ni budak makanan) kita dapat merasai kasih sayang Allah yang terlalu banyak. Mungkin ana boleh share pada entry akan datang. insyaAllah. Mentelaahlah dengan bersungguh-sungguh kerana mentelaah pelajaran adalah umpama puasa dan menghafalnya adalah seperti bertahajud. Ana doakan kita semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang,bukan sahaja di dunia malah cemerlang juga di akhirat. Amin.

BIT TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN..
IJAZAH itu alat, RISALAH itu matlamat..
Doa kita..
“Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi musim imtihan ini dengan penuh taqwa kepada Mu dan iringkanlah kami dengan kejayaan yang cemerlang”

No comments: