Sunday, May 31, 2009

Hakikat bahagia:.


Bahagia itu dari dalam diri,
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata di dasar hati..

Bahagia itu ada pada hati,
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahgia itu ada dijiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahgia itu adalah suatu ketenangan…

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa..

Bukankah Tuhan telah berfirman..
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang..

Kebahgiaan itu suatu kesyukuran..
Bila kaya jadi insan pemurah..
Bila berkuasa amanah..
Bila Berjaya tidak alpa.,
Bila sihat tidak lupakan Tuhan.

HAKIKAT NYA BAHAGIA ITU ADALAH KETENANGAN..
BILA HATI MENGINGATI TUHAN..

Allah, Tuhan yang Maha Adil,. Tidak meletakkan bahagia itu pada harta, takut si miskin terasa terabai, tidak meletakkan bahagia pada kesihatan,kelak yang sakit rasa terpinggir. Allah telah meletakkan bahagia pada hati yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua manusia. Ayuh carilah ia menerusi kalamNya dalam al-Quran…

Setiap manusia telah "Bertunang?"

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillahirabil’alamin,.segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.. Raja segala raja..
Yang telah banyak memberikan kurniaanNya kepada kita.. Selawat dan Salam kita curahkan buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw, keluarga, dan para sahabatnya.
Syukur,. Alhamdulilah..kita masih lagi di beri peluang untuk menghirup udara segar di luar sana, masih lagi di beri kesempatan untuk mengikis ‘sisa-sisa’ jahiliyyah yang masih berbaki, masih lagi sihat dan mampu menjalankan kerja-kerja seharian dengan tangan kita sendirian. Marilah kita bersyukur dengan kurniaan Allah untuk kita.
Imam Ghazali pernah mengajukan beberapa soalan kepada anak muridnya. Salah satunya,. “apakah yang paling DEKAT dengan manusia ketika di dunia?”
Ada yang menjawab sanak saudara,. Ada yang menjawab ibu dan ayah, dan ada juga yang menjawab suami/isteri.. tetapi hakikatnya.. yang paling DEKAT dengan manusia ketika di dunia ialah KEMATIAN..



disini kita satu hari nanti..

Sedarkah kita bahawa setiap diantara kita sudah “bertunang”?? bertunang dengan KEMATIAN. Bertunang dengan dengan manusia tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, mungkin putus di pertengahan jalan. Namun, pertunangan ini adalah pertunangan yang PASTI akan bertemu dengan ‘jodoh’ yang telah di tetapkan. Cuma bezanya, di hari pertunangan kita,mungkin ada yang sudah merancang tarikh,masa dan tempat perkahwinan akan di jalankan. Tetapi pertunangan ini, kita tak dapat nak tentukan tarikhnya,masanya dan tempatnya. Ia boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Hakikatnya, Setiap hari kita semakin dekat dengan detik kematian kita,walaupun kita tak tahu bila,dimana dan bagaimana berlangsung majlisnya, namun yang pasti hari ini selangkah lagi kita mendekati detik yang telah di tentukan itu.
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang Ansar, “Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?” Baginda bersabda, “mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik”
Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Bukan orang yang melupai kematian ataupun orang yang takut menghadapi kematian. Hal ini kerana, mereka yang mengingati mati akan membuat persediaan untuk menghadapi detik kematiannya. Ianya akan mendorong manusia untuk melaksanakan kebajikan dan berbuat baik sesame manusia. Mereka akan segera bertaubat atas dosa yang telah di lakukan terhadap Allah dan sesame manusia. Mereka sabar dan bersyukur dengan ujian yang di hadapi. Baginya, ujian adalah salah satu petanda Allah masih sayang padanya. Jika kita berdebar menanti saat pertunangan dan pastinya akan membuat persediaan yang teliti untuk menempuh hari bahagia. Begitu juga dengan kematian, kita perlukan bekalan untuk ke sana.
Disebalik itu…
Kematian bukanlah suatu pengakhiran sebuah kehidupan melainkan ianya adalah fasa peralihan dari alam dunia menuju alam barzakh sama seperti kelahiran yang merupakan proses transisi dari alam roh kepada alam dunia. Kematian adalah proses perpisahan roh dan jasad. Jasad akan kembali ke tempat asalnya iaitu tanah dan roh akan kembali kepada Tuhannya. Firman Allah:
“kami ini milik Allah, dan kepadaNyalah kami akan di kembalikan.” (2:156)
Marilah kita mulakan membuat persediaan menuju detik yang mem’bahagia’kan itu. Detik dimana kita akan bertemu dengan Tuhan kita. Pencipta kita. Tuan kita. Yang selama ini kita mengabdikan diri hanya untukNya. Sudahkah kita bersedia menghadapi detik bahagia itu? Persoalannya betulkah bahagia? Mungkin juga derita yang di tanggung akibat dosa-dosa di atas kealpaan kita selama ini. Na’uzubillah. Sedangkan saat itu tidak ada pertangguhan keatasnya. Jika Allah berkata “kun” maka terjadilah ia.
Waallahu’alam. Pesanan yang dipetik dari solusi isu no.8 Tips mendapat Husnul Khatimah (kesudahan yang baik) 1. Banyakkan bersedekah jariah 2. Rajin menghadiri majlis ilmu 3. Berusaha mendidik anak menjadi anak yang soleh 4. Menjaga masa sekurang-kurangnya 20 jam sehari untuk ibadah (ibadah asas, umum dan sunat) 5. Menjaga anggota daripada melakukan maksiat 6. Tidak menggunakan ilmu untuk menderhakai Allah 7. Pastikan punca pendapatan dan perbelanjaan adalah halal.

Wednesday, May 27, 2009

Tarikan KITA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah tuhan Pentadbir alam ini. Segala syukur di panjatkan diatas kurniaan iman, islam dan kesihatan yang sempurna. Moga-moga kita sentiasa hidup di bawah lembayung rahmah dan kasih sayangNya.

SubhannaAllah,..sesungguhnya Dialah yang berkuasa ke atas kita dan Dia juga yang telah menurunkan kekuatan untuk ana mencoretkan sesuatu di laman yang serba kekurangan ini.
insyaAllah..

Dalam dunia yang serba canggih sekarang, kita terdedah kepada 2 tarikan. iaitu tarikan
KEIMANAN, niat,kesungguhan dan kesedaran kepada tanggungjawab sebagai seorang muslim dan tarikan SYAITAN yang menghiasi cinta kepada dunia.
Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT.

Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.
Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa yg sedang membelenggu umat kita.

sekadar gambar hiasan

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. namun,Inilah yang sedang nyata berlaku.

Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.

Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepadaNya. Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
Thabit bin Qurrah berkata:

“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Abdullah bin Mubarak berkata:

“Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”

Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara’. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.

Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara’ lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. Jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.

Tidak di nafikan, ana sendiri di belenggu dengan 2 tarikan ini.. kadang kala, tarikan iman menang. Kerap kali juga tarikan syaitan menyandang title juara..namun, diri yang kerdil ini masih lagi mahu memberikan peringatan untuk kita bersama. Kerana ana yakin dengan pesanan dalam Al-'Alaa:

"berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat"

waallahu'alam

Tuesday, May 19, 2009

My prayer :)

By the name of Allah the Most Graceful and the Most Merciful

Alhamdulillah. Thanks God for the greatest mercy which is faith and islam. Shalawat and salam for beloved prophet Muhammad SAW, may Allah bless Him, He bring his Ummah from darkness to brightness, full of guidance and maghfirah, Alhamdulillah, shukr ..

"O Allah, Place light in my heart, light in my tongue, light in my hearing,
Light in my sight, light behind me, light in front of me, light on my right,
Light on my left, light above me and light below me,
Place light in my sinew, in my flesh, in my blood, in my hair, and in my skin,
Place light in my soul and make light abundant for me; make me light and grant me light.

O Allah, forgive me when I whine...
Guide me towards Your love..
You are my strength and my support, for your sake I go forth and for Your sake I advance and for Your sake I fight..


“Truly, my prayer, my service of sacrifice, my life and my death are all for God, the Cherisher of the world” (6:162)

May Allah SWT accept my humble effort.. amin..

Sunday, May 17, 2009

Dimana Allah dihati kita

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah..bersyukur kita ke hadrat ilaahi kerana masih mengekalkan kita dalam nikmat iman dan islam. Semoga kita terus mendapat hidayah dari Allah dan mengekalkan kita sebagai pembantu agamaNya.


Dalam kesempatan yang ada, ana nak berkongsi apa yang ana dapat pagi tadi (on da way nak ke ofis bersama Qaswa'). Seperti biasa, ana kuar rumah jam 7 45 am. Maklumlah masuk keje 8 setengah. Sambil-sambil drive ada la alunan lagu2 menemani. Ana tersentuh dengan lagu dendangan raihan yang lebih kurang cam ni la lirik dia..


Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of lif
e

When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart

falling in love
With Allah....
The bonds of love survive,.

MasyaAllah.. terkena betul kat batang idung sendiri.. Lagu tu.. membuatkan ana terfikir..

kita selalu kata kita sayang Allah, kita tahu Dia sentiasa bersama kita
tapi sejauh mana kita merasai Dia bersama kita?.
Adakah semasa susah? semasa org meninggalkan kita? ataupun semasa senang?

sahabat yg ana kasihi..
sesungguhnya.. Allah bersama kita SETIAP MASA..
di dalam kereta.. di ofis..
semasa bersendiri dan ramai.. Dia tetap bersama kita..
cumanya kita je yg tak rasa kebersamaan tu..
kerana cinta kita belum cukup untuk merasainya..
Kalu ada baca buku tazkiyatul nafs karangan Said Hawwa..
ada menyatakan bahawa hanya org yg bodoh sahaja yang tidak mencintai Allah sepenuh hatinya..
betapa ruginya kita..dan betapa Bodohnya kita..
marilah kita bersama mencari semula cinta yang kian haus..
mungkin Dia sedang menunggu rintihan kita,
mungkin Dia rindu untuk mendengar pengaduan kita,
mungkin juga Dia langsung tidak menghiraukan kita.. dan di saat itu, kita lah yang di katakan org yang rugi dalm Al-'Ashr !!!!!

"o Allah, we belong to You And everything we do We do it all for You
o Allah, always by our side Guiding us to t
he light Everything shines bright No matter day or night"

Dimana Allah di hati kita???


jawapannya ana serah pada antum untuk menilai..
dan sesungguhnya Allah hanya menciptakan 1 hati untuk setiap manusia..
yang hanya boleh memuatkan 1 CINTA..

"Allah tidak menjadikan bagi seseorg dua hati dalam rongganya.... 33:4

Tuesday, May 12, 2009

manusia = robot??

Assalamualaikum WBT

Salam sayang kerana Allah untuk semua..
pada entry kali ni, ana nak share cerita pasal robot yang ana 'share' dari sorg kawan.

Pada suatu hari.. saat org sibuk mencipta robot. wujudlah seorg profesor yg kononnya teror nak mencipta robot yang bole buat bermacam-macam kerja. kira dia nak cipta robot yang paling power la diantara robot2 yang ada.
Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.
Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.
sekadar gambar hiasan

jadi?? apakah ibrah(pengajaran) cerita roboh tu untuk kita??

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat

"Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah KITA dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan dengan perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً...

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”

Friday, May 8, 2009

..

i think my mUm Amazing..

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's nowhere else, I'd rather be…

After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

Then I wake up in the morning, she's not there
And I realize she never was
And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me


And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing

nyanyian : Zain Bikha

Thursday, May 7, 2009

Apabila hati mula berbicara..

Tarbiyah dan perubahan

Inti sebuah pentarbiyahan adalah perubahan. Dan kita secara fitrahnya bersifat lemah serta memerlukan bekalan di sepanjang jalan perubahan ini. Kita TERPAKSA menempuh mujahadah yang sangat tinggi iaitu perjuangan yang getir untuk melawan hawa nafsu dalam diri bagi menegakkan perkara yang wajib dan sunat dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh dalam seluruh kehidupan kita. Mujahadah disini termasuklah riadah (latihan jiwa), muhasabah (menghitung diri), istiqamah (berterusan) dan muraqabah (mendekatkan diri kepada Allah dengan menyuluh kelemahan diri). Tiada jalan pintas dalam menuju jalan yang lurus kepada Allah. Harga syurga Allah tidak boleh di beli dengan kelalaian, keasyikan dan kesenangan tetapi ianya memerlukan perjuangan sepahit hempedu kerana syurga yang Allah hadiah untuk orang yang beriman terlalu indah dan terlalu manis. Kesusahan, keperitan melawan hawa nafsu dan syaitan adalah satu kemestian apabila kita telah memilih jalan ini.

Lupakah kita pada janji Allah,sesiapa yang bersungguh-sungguh mengikuti jalanNya akan di tunjukkan jalan itu…

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”(29:69)


Belajar Berubah dari Rasullulah

Rasulullah s.a.w menggunakan kaedah daripada Allah untuk mengubah manusia. Walaupun arab jahiliyyah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik(perbalahan sesame sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi mereka dimonopoli oleh orang yahudi) dan kegawatan social (perzinaan, perogolan, minum arak) tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyubat “penyakit-penyakit” itu pada kesannya tetapi terus pada puncanya. Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil daripada “sakitnya” 3 elemen dalaman manusia iaitu :

• Akal yang jahil
• Hati yang keras
• Nafsu yang liar

Inilah punca kejahatan manusia. Menyedari hakikat ini, Rasulullah memulakan perubahannya dari dalam ke luar bukan dari luar kedalam. Baginda menggunakan kaedah ini sehingga lahir “logam”yang sangat bernilai ketika itu. Diantaranya, Mus’ab bin Umair dan Umar al Khattab. Mus’ab sanggup meninggalkan kekayaan dan kesenangan hidupnya demi mempertahankan islam begitu dengan Umar yang tidak gentar mengistiharkan pengislamannya di hadapan umum.

Hadis Rasulullah ada menyebut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman sekalipun. Apabila seseorang telah faham sesuatu, “kehebatannya”@ logamnya akan digunakan untuk menyokong jahiliyyah atau menyokong islam. Semuanya bergantung pada pemahamannya dengan syarat dia memahami sesuatu dengan mata hati yang telah di celikkan!

Celikkan hati-mu



وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (7:179)

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia. Namun jalan yang lurus sudah tidak lurus pada pandangan mata kita.

KENAPA?????

Ini semua gara-gara butanya mata hati yang ada didalam dada yakni HATI

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (al-Hajj: 46)

We have no choice!!

Oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita bersama mencari semula jalan yang telah Allah sediakan untuk kita. Jalan lurus yang tiada lagi bengkok padanya.

"Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya kami Telah menjelaskan ayat-ayat (kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. "(6:126)

Kita tidak layak untuk mencipta jalan selain jalan ini.

KERANA????

KITA HANYA HAMBA DI ATAS MUKA BUMI INI

Jadi apa yang harus kita buat?? Kita tiada pilihan lain melainkan berusaha bersungguh-sungguh, bermujahadah memulakan langkah pertama mengenali siapa kita dan siapa Pencipta kita.. Yakinlah!!! Jalan ini dapat membawa kita kepada cahaya keimanan..
“Dengan Kitab Itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus”. (5:16)

Renew dan renew dan renew lah HATI kita kerana disitulah jatuhnya pandangan Allah. Dia sesekali tidak akan melihat hasil tetapi Dia hanya melihat sejauh mana kita dapat melalui jalan ini. Dan segalanya bermula dengan tarbiyah yang akhirnya akan membuahkan sebuah perubahan!! InsyaAllah..

“tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah”

-Mustafa Masyhur-

Monday, May 4, 2009

>>jalan dan tujuan

"inilah jalanku,
aku dan orang2 yang mengikutiku
mengajak kamu kepada
Allah dengan yakin..... (12:108)


jalan ke syurga penuh berliku (sekadar hiasan)

Dunia menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan..
bila tujuan seorang hamba menuju Allah,
pasti akan di tunjuki Nya menerusi sunnah!