Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah tuhan Pentadbir alam ini. Segala syukur di panjatkan diatas kurniaan iman, islam dan kesihatan yang sempurna. Moga-moga kita sentiasa hidup di bawah lembayung rahmah dan kasih sayangNya.
SubhannaAllah,..sesungguhnya Dialah yang berkuasa ke atas kita dan Dia juga yang telah menurunkan kekuatan untuk ana mencoretkan sesuatu di laman yang serba kekurangan ini.
insyaAllah..
Dalam dunia yang serba canggih sekarang, kita terdedah kepada 2 tarikan. iaitu tarikan
KEIMANAN, niat,kesungguhan dan kesedaran kepada tanggungjawab sebagai seorang muslim dan tarikan SYAITAN yang menghiasi cinta kepada dunia.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT.
Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.
Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.
Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa yg sedang membelenggu umat kita.
sekadar gambar hiasan
sekadar gambar hiasan
Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. namun,Inilah yang sedang nyata berlaku.
Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.
Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.
Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepadaNya. Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
Thabit bin Qurrah berkata:“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”
Abdullah bin Mubarak berkata: “Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”
Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara’. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.
Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara’ lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. Jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.
Tidak di nafikan, ana sendiri di belenggu dengan 2 tarikan ini.. kadang kala, tarikan iman menang. Kerap kali juga tarikan syaitan menyandang title juara..namun, diri yang kerdil ini masih lagi mahu memberikan peringatan untuk kita bersama. Kerana ana yakin dengan pesanan dalam Al-'Alaa:
"berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat"
waallahu'alam

No comments:
Post a Comment