Thursday, May 7, 2009

Apabila hati mula berbicara..

Tarbiyah dan perubahan

Inti sebuah pentarbiyahan adalah perubahan. Dan kita secara fitrahnya bersifat lemah serta memerlukan bekalan di sepanjang jalan perubahan ini. Kita TERPAKSA menempuh mujahadah yang sangat tinggi iaitu perjuangan yang getir untuk melawan hawa nafsu dalam diri bagi menegakkan perkara yang wajib dan sunat dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh dalam seluruh kehidupan kita. Mujahadah disini termasuklah riadah (latihan jiwa), muhasabah (menghitung diri), istiqamah (berterusan) dan muraqabah (mendekatkan diri kepada Allah dengan menyuluh kelemahan diri). Tiada jalan pintas dalam menuju jalan yang lurus kepada Allah. Harga syurga Allah tidak boleh di beli dengan kelalaian, keasyikan dan kesenangan tetapi ianya memerlukan perjuangan sepahit hempedu kerana syurga yang Allah hadiah untuk orang yang beriman terlalu indah dan terlalu manis. Kesusahan, keperitan melawan hawa nafsu dan syaitan adalah satu kemestian apabila kita telah memilih jalan ini.

Lupakah kita pada janji Allah,sesiapa yang bersungguh-sungguh mengikuti jalanNya akan di tunjukkan jalan itu…

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”(29:69)


Belajar Berubah dari Rasullulah

Rasulullah s.a.w menggunakan kaedah daripada Allah untuk mengubah manusia. Walaupun arab jahiliyyah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik(perbalahan sesame sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi mereka dimonopoli oleh orang yahudi) dan kegawatan social (perzinaan, perogolan, minum arak) tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyubat “penyakit-penyakit” itu pada kesannya tetapi terus pada puncanya. Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil daripada “sakitnya” 3 elemen dalaman manusia iaitu :

• Akal yang jahil
• Hati yang keras
• Nafsu yang liar

Inilah punca kejahatan manusia. Menyedari hakikat ini, Rasulullah memulakan perubahannya dari dalam ke luar bukan dari luar kedalam. Baginda menggunakan kaedah ini sehingga lahir “logam”yang sangat bernilai ketika itu. Diantaranya, Mus’ab bin Umair dan Umar al Khattab. Mus’ab sanggup meninggalkan kekayaan dan kesenangan hidupnya demi mempertahankan islam begitu dengan Umar yang tidak gentar mengistiharkan pengislamannya di hadapan umum.

Hadis Rasulullah ada menyebut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman sekalipun. Apabila seseorang telah faham sesuatu, “kehebatannya”@ logamnya akan digunakan untuk menyokong jahiliyyah atau menyokong islam. Semuanya bergantung pada pemahamannya dengan syarat dia memahami sesuatu dengan mata hati yang telah di celikkan!

Celikkan hati-mu



وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (7:179)

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia. Namun jalan yang lurus sudah tidak lurus pada pandangan mata kita.

KENAPA?????

Ini semua gara-gara butanya mata hati yang ada didalam dada yakni HATI

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (al-Hajj: 46)

We have no choice!!

Oleh itu sahabat2 sekalian, marilah kita bersama mencari semula jalan yang telah Allah sediakan untuk kita. Jalan lurus yang tiada lagi bengkok padanya.

"Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya kami Telah menjelaskan ayat-ayat (kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. "(6:126)

Kita tidak layak untuk mencipta jalan selain jalan ini.

KERANA????

KITA HANYA HAMBA DI ATAS MUKA BUMI INI

Jadi apa yang harus kita buat?? Kita tiada pilihan lain melainkan berusaha bersungguh-sungguh, bermujahadah memulakan langkah pertama mengenali siapa kita dan siapa Pencipta kita.. Yakinlah!!! Jalan ini dapat membawa kita kepada cahaya keimanan..
“Dengan Kitab Itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus”. (5:16)

Renew dan renew dan renew lah HATI kita kerana disitulah jatuhnya pandangan Allah. Dia sesekali tidak akan melihat hasil tetapi Dia hanya melihat sejauh mana kita dapat melalui jalan ini. Dan segalanya bermula dengan tarbiyah yang akhirnya akan membuahkan sebuah perubahan!! InsyaAllah..

“tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah”

-Mustafa Masyhur-

No comments: