Saturday, January 9, 2010

Bawalah ia bersamamu..

“Kala hati dirundung sedih, di kala air mata sentiasa menemani, saat sahabat tiada disisi… Bawalah ia terbang mencari TuhanMu.. Kenalkan hatimu dengan penciptaNya. Nescaya segala yang terbungkam dapat di leraikan. Segala yang terpendam dapat di luahkan.. Dengan hanya kembali kepada Dia yang Satu”..

Masa yang berlalu tidak terasa. Seakan-akan baru semalam balik dari bercuti. Hakikatnya, sudah hampir tiga minggu berada di bumi UMS ini. Masih lagi tercari-cari cahaya yang hilang,. Mencari kata-kata yang sering menguatkan.. Mungkinkah ada salah yang di lakukan sehingga tidak dapat memaafkan?. Adakah ia hadir dari hati yang tulus menyayangi kerana Allah?? Akan Ku kembalikan semuanya kepada Allah,. Moga-moga kita akan bertemu lagi di bawah satu lembayung yang sama..

Dengan namaMu Ya Allah..kumulakan bingkisan kali ini.. insyaAllah,. Moga-moga ada kebaikan untuk kita bersama.

Mencari kebahagiaan..

Mungkin ada di antara kita yang mencari kebahagian dengan bersuka ria bersama teman-teman. Mungkin ada yang mencari kebahagiaan dengan menyendiri di lautan sepi. Mungkin juga ada yang mencari kebahagiaan dengan menyanyi-nyanyi tak ingat dunia. Terpulang kepada iman masing-masing.


Orang yang beriman akan mencari kebahagiaan dalam dirinya sendiri. Mereka memiliki pandangan dan kayu ukur kebahagiaan yang berbeza dari kebanyakkan manusia. Bahagia itu adalah kosa kata rohani,. Perkara yang abstrak,. Tidak dapat di lihat tapi boleh dirasa. Dengan itu, bahagia tidak dapat di cari dan di himpun dengan banyaknya harta,. Dengan penatnya menyanyi. Bahagia tidak dapat di rasai dengan hanya bersuka ria. Ianya hanya boleh di capai dengan cara yang rohani juga. Jalan yang tidak dapat di lihat juga,. Namun, ketika melalui jalan itu.. ada ketenangan bersamanya.. itulah hakikat kebahagiaan. Biarlah kita miskin harta tetapi kita kaya dengan kebahagiaan. Kerana harta sekali-kali tidak akan pernah memuaskan nafsu manusia, berapapun banyaknya ia.

Ibnu Munkadir berkata,. “diantara seberapa banyak kelazatan dunia itu tidak akan kekal dan tetap melainkan 3 perkara iaitu:

1. Ketenangan sewaktu bangun solat malam
2. Kebahagiaan sewaktu bertemu sahabat-sahabat seperjuangan
3. Kekhusyukan sewaktu solat berjemaah

Abu sulaiman pula berkata, “ahli bangun malam itu di waktu malamnya dalam merasai kebahagiaan daripada ahli suka ria dengan segala macam kesukariaannya”

Oleh itu..Marilah kita membawa hati kepada Tuhan. Kerana di sana letaknya puncak kebahagiaan. Hilangkan resah di dadamu dengan solat. Tunjangkan kepasrahanmu kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kerana Dia tidak akan pernah melupakan kita.. InsyaAllah..




Doa kita;

“Ya Allah, terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih”

3 comments:

sAtUcahAYaBisikAnRaHsiA said...

Keindahan bersama...

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Avatar said...
This comment has been removed by the author.
Avatar said...

Kata guruku: Ketika berbicara pun sudah tiada nilainya. al-Rasul SAW nasihatkan umatnya berdiam diri. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia berkata benar atau berdiam diri". Sahih.

Mungkin dia yang benar, kami yang salah..lantaran itu kami mengaku kalah dan mengalah. Berterusan berhujah, menghabis tenaga dan masa yang boleh diguna ke medan lain yg lebih bermanfaat...bila keyakinan berlainan dan tiada titik pertemuan, itulah simpang untuk membawa haluan masing2..

Akhuki fillah