Monday, November 30, 2009

Sharing is caring..

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah. semoga kita masih berada dalam 'roh' yang bersedia untuk berkorban seiring dengan pengorbanan nabi Allah Ibrahim 'alaihisalam. Macam da lewat nak ucapkan salam aidiladha untuk semua tapi bole la gak.. Salam Adha dari ana,saya,aku,olyn,lin,rose untuk semua..
Moga Allah terus kuatkan kita untuk terus berkorban dalam menegakkan agamaNya..

dalam kesempatan yang ada ni, ana nak share posting yang boleh di baca directly di
http://renungan2u.wordpress.com

kenapa ana nak share??

1. Sharing is CARING.. hehe

2. bagi ana, post ni mengingatkan ana pada perkara yang kita juangkan,.
~ Islah Nafsak Wad’u Ghairak ~

3. banyaknyer nak tau.. bacalah sendiri ya.

DAri Helaian risalah ikhwan.

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..

Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.

Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.

( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)

Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Menegnal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.
3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…


وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

من أنا

باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام

وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان

نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..

أيها الإخوان

ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟

أيها الاخــــوان

دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :

معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق

والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة

وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،

ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار

وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :

1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .

2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .

3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا { وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Sunday, November 22, 2009

Cintaku hanya untukMu


Hati = qalb yang perlu di pelihara


Maha Suci Allah yang telah memeliharaku sejak di rahim ibu,
Sentuhan kasih sayangMu...
melupakan rinduku kepadanya,
Begitulah alur yang telah Kau aturkan untukku,

Harapku hanya padaMu,
Pahit di awal,namun manis di kemudiannya,
tiada yang lebih berharga selain dapat berkenalan semula denganMu,
Alangkah bahagianya diriku..
dalam setiap denyut nadi..
Kau hadir sebagai pendamping setia,.

MengenaliMu,. lantas bercinta denganMu..
Satu anugerah yang perlu ku syukuri..
Kasih yang tidak pernah pudar,
Sayang yang tidak pernah luntur,
Tidak menjemu sehingga akulah yang jemu,
Tidak jauh melainkan aku yang menjauh,.

Kau beri cahaya kepada hatiku yang kian gelap,
Memberi sinar baru untuk terus bernafas dibumiMu,
Kau sentiasa mendorong dan penguat semangatku,
tika aku lemah Kau hadir tanpa dipinta,
Kau hadiahkan ku 'surat cinta' yang sarat dengan motivasi,
Semakinku baca helaian suratMu,
Hatiku semakin tenang,
Kakiku semakin kuat melangkah,
Jiwaku terasa terisi,
Perasaan dan fikiranku jauh dari kecelaruan...

Ya Allah...
Peganglah hatiku..
Izinkanku terus menjadi penolong agamaMu,
Ingin sekali aku berkongsi cahaya bersama saudara seakidahku,
Aku ingin bercerita tentang kasih sayang 'KITA'

Ya Allah...
Izinkanlah...
Kerana cintaku hanyalah untukMU....


yang mendamba kasihMu... ROSLINA..



Saturday, November 21, 2009

Rise up young Muslim!!


KITA boleh!!!!

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Pencipta langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberi ana ruang dan peluang untuk menyertai satu program cuti-cuti yang di khaskan untuk remaja iaitu Rise Up Young Muslim bersama Dr Danial Zainal Abidin. Walaupun program ini untuk para remaja namun, ilmu Allah itu sesuai untuk semua peringkat umur insyaAllah. (maksudnya kami ni muda remaja lagi la kan? (^_~) ). insyaAllah dengan kesempatan yang ada, izinkan ana berkongsi serba sedikit ilmu yang ana perolehi hari ini.

FORMULA INDIVIDU CEMERLANG

Formula untuk menjadi individu yang cemerlang seperti yang di perkenalkan oleh Dr Danial ialah individu yang cemerlang dengan 7A

1. A= Autentik (soheh)
2. A= Akidah

3. A= Amal Soleh
4. A= Awlawiyat
5. A= Akhlak

6. A= Amanah

7. A= Asah


Rumusan penerangan cemerlang 7A adalah seperti dibawah;

Riwayat daripada Abu Hasan Al Mawardi menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang inginkan kebahagian di dunia, maka hendaklah ia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kebahagiaan di akhirat, maka hendaklah ia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah ia berilmu”

Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Diawal suruhan juga kita umat islam telah diseru untuk IQRA’ iaitu membaca kerana membaca merupakan sumber ilmu. Dengan ilmu lahirlah iman dan barulah datangnya semangat untuk beramal. Sumber motivasi kita tidak lain tidak bukan adalah Al-Quran.

Oleh itu, cemerlang yang dikatakan oleh Dr ialah dengan menguasai dua ayat. Dimana ayat yang pertama ialah ayat-ayat Al-Quran dan kedua ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta.

AYAT dalam bahasa arab mempunyai dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr; A Dictionary Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the Quran” atau ayat-ayat Al-Quran dan kedua ia bermaksud “sign” atau bukti dan tanda.


Penguasaan ayat-ayat Al-Quran adalah sangat penting untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Melalui Al-Quran manusia mengenali tujuan dan matlamat dilahirkan ke dunia. Dimana matlamat kita yang utama ialah untuk beribadah dan menjadi khalifah Allah. Seperti yang di jelaskan melalui firmanNya yang bermaksud:


“Aku tidak menciptakan jin manusia melainkan agar mereka berIBADAH kepadaKu” (51:56)

Dan..

“…Aku hendak menjadikan KHALIFAH dibumi… (2:30)

Walau sebesar pangkat kita didunia ini, ingatlah kita masih lagi HAMBA yang ditugaskan untuk beribadah dengan jawatan KHALIFAH.

MENGUASAI AYAT-AYAT AL-QURAN

Menguasai al-Quran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang agar dia MAMPU MEMBACA AL-QURAN dengan baik. Berhubung dengan ini Allah berfirman;

“bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu daripada al-kitab (al-Quran).. (Al-Ankabut:45)

Kemampuan membaca al-Quran dengan baik ini perlu disusuli dengan usaha untuk MEMAHAMInya secara yang betul. Inilah yang diperintahkan Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 82 yang bermaksud;

“Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak didalamnya”

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata;

“Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarahkan mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”

Kefahaman yang betul pula perlu disusuli dengan PENGHAYATAN yang mantap. Hal ini Allah sebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 121 yang bermaksud,

“dan mereka yang telah Kami berikan kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenrnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barangsiapa yang ingkar, mereka itulah orang-orang yang rugi”

Hanya selepas al-Quran di fahami dan di hayati sahaja umat islam akan meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Inilah janji Allah dalam surah al-Isra’ ayat 9;

“sesungguhnya Al-Quran itu memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shalih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar”

Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran ialah petunjuk yang akan membawa manusia kepada sesuatu yang aqwam. Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qurtubi berkata,

“kalimah aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat”

justeru mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan kecemerlangan sedang menanti mereka kerana kehidupan mereka disuluhi oleh formula yang paling benar, paling adil dan paling tepat
.

MENGUASAI AYAT-AYAT ALAM

Maksud AYAT yang kedua ialah dengan menguasai ayat-ayat alam yang terbentang luas.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar.” (Fussilat : 53)

Berdasarkan ayat ini, Allah menyeru kepada kita untuk mempelajari dan mengambil iktibar dengan setiap kejadian yang telah diciptakan. Sesungguhnya, tidak ada yang sia-sia dalam setiap ciptaan Allah.

Perhatikan sahaja bumi dan segala hamparannya. Di dalam al-Quran, Allah menyeru;

“24. Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. 25. Sesungguhnya kami benar-benar Telah mencurahkan air (dari langit), 26. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, 27. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, 28. Anggur dan sayur-sayuran, 29. Zaitun dan kurma, 30. Kebun-kebun (yang) lebat, 31. Dan buah-buahan serta rumput-rumputan, 32. Untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.” (80:24-32)

Sudahkah kita memerhatikannya?? Dengan itu, Ilmu yang diperolehi daripada kajian-kajian ini mampu melahirkan pengagungan terhadap Allah sekaligus meningkatkan pengabdian kepadaNya.

AYUH MENJADI GOLONGAN ULUL ALBAB

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam surah ali-Imran ayat 190-191 Allah berfirman:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Untuk akhirnya,..

Begitulah serba sedikit pengisian yang boleh ana kongsikan. Sedikit peringatan untuk kita bersama;
Rasulullah SAW telah bersabda, sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Dan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang ke-5, Ustaz Mustafa Masyhur juga ada menyebut, perbaiki dirimu dan ajaklah orang lain. Oleh itu, ana menyeru sahabat2 sekalian, marilah kita muhasabah dan koreksi diri,. Sekali kita cuba rapat dengan Allah, seribu kali Allah hendak rapat dengan kita,.mari bersama menjadi insane yang cemerlang acuan Al-Quran. InsyaAllah. Waalahua’lam.

Monday, November 16, 2009

ubat Hati

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya,
Namun, hakikat perjuangan bukan begitu,.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNya..
Perjuangan itu pahit kerana SYURGA Allah itu terlalu manis..

Jalan lurus yang tiada bengkok padanya...

Ubat selalunya pahit,. Melainkan vitamin C untuk kanak-kanak,. Rasa manis tapi di akhir hisapan pun akan ada rasa pahitnya. Rawatan juga selalunya perit. Namun, untuk mendapatkan badan yang sihat, terpaksalah juga makan ubat dan melalui rawatan yang ditetapkan. Itulah jalan yang perlu dilalui untuk mengubati hati. Hati yang sakit perlu di ubati. Ianya perlukan ubat yang sangat mujarab supaya virus yang menjangkit tidak timbul semula atau kalau timbul pun mudah untuk disingkirkan. Disamping ubat, perlukan juga rawatan yang konsisten supaya tidak futur di pertengahan jalan. Persoalannya, bagaimana mengubati hati yang sakit? Ada terjual ka ubat2 itu di farmasi?

Ubat untuk mengubati hati.

Hati yang tidak disirami dengan air ilmu selama 40 hati akan menjadi keras. Sekali membuat maksiat, satu titik hitam akan tumbuh, 2 kali 2 titik hitam, 3 kali 3 titik., 4 5 6 7 kali buat maksiat maka hitam legamlah hati yang datangnya dengan suci bersih. Kalaulah hati itu boleh berkata-kata, mungkin dia akan minta tuannya membuatkan cermin mata untuk dia berjalan sebab matanya telah buta dek perihal si tuan yang tidak pandai menjaga dan merawatnya.

Hati itu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah milik Allah yang perlu di jaga. Ia datang dari Allah dan dengan Allah sahajalah ada ubat untuk merawatnya. Allah berfirman:

“Hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang”

Salah satu cara mengubati hati ialah dengan membaca Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

“Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (2:2)

Petunjuk=hidayah. Hidayah Allah kadang-kadang bersifat tanpa di duga. Kita perlukan hidayah seperti sibuta memerlukan tongkat. Tanpa hidayah kita tidak dapat melihat walaupun mata zahir tidak buta. Membaca, memahami, dan seterusnya mengamalkan apa yang di ajarkan di dalam al-Quran mampu melembutkan hati kita. Apa yang tidak ada dalam Al-Quran?

Apabila sedih, Allah pujuk kita,.


“dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya jika kamu orang yang beriman” (3:139)

Apabila berputus asa, Allah menyeru,.


“wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya” (39:53)

Apabila berdukacita dan gembira, Allah mengingatkan,.


“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (57:22-23)

Apabila hilang semangat, Allah menyedarkan,.


“dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia” (10:107)

Semuanya ada di dalam Al-Quran. Cara-cara buat tesis ada, cara-cara mengoreng pisang pun ada. Segalanya ada. Apa yang tiada ialah usaha kita untuk mendalami Al-Quran. Al-Quran yang ada hanyalah sekadar penghias almari. Al-Quran yang ada hanyalah untuk menghalau hantu dan syaitan. Benarkah??? jawablah sendiri..

Selain itu, terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. Paksalah diri menghadiri majlis ilmu. Kadang-kadang keikhlasan itu akan lahir dari keterpaksaan. Majlis ilmu umpama taman syurga di dunia ini. Mendorong diri untuk ke majlis ilmu adalah susah diawalnya dan diakhirnya menjanjikan kemanisan yang hanya mampu di rasai oleh mereka yang beriman.

Namun, Usaha penyembuhan “sakit hati” perlu ada yang mendorongnya. Sebaiknya, carilah kawan yang boleh mengingtkan di kala lupa,sahabat yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa iaitu ingin sama-sama mencari cinta Allah.

Jalan mengubati hati tidak semudah teori. Ianya memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi. Perjuangan itu pahit kerana Syurga itu terlalu manis. Waallahu’alam.

Doa kita:

"Ya Allah, rezekikanlah kami sekeping hati yang mudah tersentuh dan menangis apabila mengingati dan menyebut namaMu.."Amin...

Friday, November 13, 2009

merenung..melihat..dan berfikir.

Katakanlah : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepada Allah (Al- An’am: 162-163)

Musim peperiksaan sudah sampai kepenghujungnya.. baru semalam sahabat food tech menamatkan paper terakhir mereka untuk sem ini. Tinggal kami lagi (food Sc) yang belum habes. Tak sabar nak jawab paper En. Rosni. Subjek yang best di kuliah dan lagi ‘seronok’ bila di dewan exam., apa lagi kalau bukan food toxicology. Segala benda pun dirasakan bertoksik. Minum air pun boleh sakit kalau tidak kena dengan caranya. Dan siapa boleh jamin makan sayur dia boleh sihat???

Apa itu toksikologi makanan?

Toksikologi makanan adalah sains yang berkaitan dengan tabii (nature), sumber dan pembentukan bahan toksik dalam makanan, kesan-kesan buruk bahan tersebut, manifestasi dan mekanisma kesan buruk bahan dan pengenalpastian had keselamatan bahan tersebut.

Menurut Paracelsus (1493-1541), “semua bahan adalah racun, tiada satu pun yang tidak beracun. Dos yang sesuai membezakan diantara racun dan penawar”. Maksudnya, semua bahan makanan adalah beracun kepada tubuh badan kita. Yang membezakan diantara racun dan penawar adalah berapa banyak yang kita ambil dalam diet seharian. Contohnya, kekacang baik untuk pertumbuhan otak tetapi jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan toksin seperti kanser hati. Kobis, pembekal vitamin dan mineral pada tubuh tapi jika berlebihan boleh menyebabkan kanser juga. Kekerang, bagus untuk pertambahan darah,lebih –lebih lagi pada pengidap anemia tetapi keranglah paling banyak toksik, dari plumbum, mercuri, saxitoxin semua dia balut. Kesimpulannya, biarlah sederhana..

Berita baik untuk mereka yang tidak makan sayur..

Kebanyakkan sayur di Malaysia ditanam di tepi jalan untuk memudahkan pengangkutan tetapi sedarkah kita bahawa sayuran yang ditanam berhampiran jalan raya atau dalam kawasan perindustrian mengandungi aras plumbum yang tinggi. Plumbum yang berlebihan dalam badan dapat mengganggu enzim-enzim sel darah merah seperti asid delta-aminoelevuinick dehidratase. Namun, Allah itu MAha adil, setiap racun pasti ada penawarnya. Allah datangkan makanan yang tinggi kalsium seperi susu o kalsi-yum supaya dapat menyekat penyerapan plumbum dalam badan. Telur dan kekacang yang mengandungi kumpulan sulfhydryl amino asid juga membantu dengan melekat pada plumbum dan seterusnya membersihkan lebihan plumbum dalam badan.

Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita, sebenarnya dengan hanya melihat, mengkaji dan memahami ilmu pemakanan sahaja sudah dapat mendekatkan kita pada pencipta kita dan makanan itu sendiri.

Melihat sambil berfikir tentang makanan..

Allah berfirman:
“Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya, maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya)” ‘Abasa: 24

Allah Taala telah memerintahkan kita supaya berfikir tentang semua perkara. Dalam ayat diatas, Allah memerintahkan kita supaya melihat dan berfikir tentang makanan kita kerana ia adalah sebahagian daripada ciptaanNya. Dengan hanya melihat pada makanan, kita akan mengetahui banyak sifat Allah seperti Dialah yang MAha Pemberi Rezeki, Yang MAha Mengetahui, Yang Amat Mendalam PengetahuanNya, Yang Maha Bijaksana, Yang MAha Mengasihani dan sebagainya.

Allah adalah segala-galanya untuk kita. BersamaNya kita akan berasa sentiasa cukup dan selamat. Islam itu mudah, terima dan laksanakan segala perintah dan tinggalkan laranganNya. Barangsiapa menghadapkan wajah dan hatinya dalam semua persoalan hidup kepada Allah, maka ia adalah seorang muslim. Begitulah sepertimana yang di firmankan:

Katakanlah : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepada Allah (Al- An’am: 162-163)

Penerimaan dan penyerahan diri sepenuhnya terhadap hukumNya adalah syarat untuk menjadi Muslim yang utuh. Waallahu’alam.

Thursday, November 5, 2009

Redha itu lebih baik...

Assalamualaikum WBT.. salam sayang kerana Allah untuk semua. moga2 kita semua berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya.. sesungguhnya hanya Dia yang layak memegang jiwa2 kita.. samada untuk terus dalam keadaan beriman atau sebaliknya..

Macam da lama xmenjenguk blog ni.. sunyi menyepi tanpa khabar berita.. mohon maaf pada semua,. mungkin 'kesibukkan' sebagai seorang pelajar dan khalifah menjadi penghalang untuk terus bergiat aktif mengupdate.. atau penghalang sebenarnya adalah ruang masa yang sangat terhad untuk mengonlinekan diri menjadikan ana semakin jauh dengan medan dakwah secara maya ini. wahhh.. berbunga-bunga pulak ayat2nya..

anyway.. tak perlulah kot nak ceritakan apa yang sibuk sangat tu sampai xboleh nak update blog sendiri. semua tu adalah ALASAN yang rapuh bagi seorang yang merasakan dirinya sebagai da'ie.

hari ini, ketika ini, waktu ini, hati ini tergerak untuk mencoretkan sesuatu untuk manfaat kita bersama. rasa macam tertarik untuk berkongsi cerita dengan kamu semua,.

cerita ini adalah berdasarkan sebuah buku yang pernah ana baca, berkenaan seorang tokoh ulama yang sangat terkenal dengan ketaqwaannya di zaman generasi Tabi'in iaitu Fudhail bin Iyadh. satu ketika, saat beliau berada di Masjidil Haram, dia di datangi seseorang yang menangis. Fudhail bertanya, " kenapa engkau menangis?" orang itu menjawab, "aku kehilangan beberapa dinar dan aku tahu ternyata dinarku dicuri." Fudhail mengatakan, "apakah engkau menangis hanya kerana dinar?" lalu orang itu menjawab, "tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah dengan pencuri itu. Aku kasihan dengan pencuri itu, itulah yang menyebabkan aku menangis..."

MasyaAllah, bertama kali baca, ana kagum dengan orang tersebut.. sangat berlapang dada dan sentiasa memberi maaf. sedangkan dirinya sendiri teraniaya. cuba kita yang berada ditempat orang tersebut,. apakah jawapan yang kita nak berikan?? mungkin,.. "aku takkan redha dia makan duit aku".. atau "aku tidak akan halalkan dia guna duit aku" atau mungkin "biarlah,. mungkin dia mencuri dalam keadaan terpaksa, aku halalkan duit tu kerana duit tu adalah hak dia yang disalurkan dari aku, cuma aku yang tidak segera menyampaikannya... atau..jawab lah sendiri. jawapannya ada pada diri anda!.

sahabat2 ku sekalian..

Dalam perjalanan kita menuju Illahi, kita memerlukan bekalan,. seperti seorang musafir yang akan keluar mengembara. walaupun sikit, kita perlukannya. Bekalan yang kita perlukan ialah sikap lapang dada, nafas yang panjang dan mudah memaafkan. supaya kita tidak peduli dengan suasana getir yang bakal kita lalui disepanjang perjalanan,. supaya kita tidak mudah untuk berpatah balik kepada kehidupan jahiliyyah kita yang dulu. seperti RAsulullah saw yang tidak merasa tertekan dengan penghinaan atau cacian orang-orang sekitarnya, dalam menjalani misi kenabiannya.

Jalan yang kita pilih bukanlah yang yang menjanjikan bunga-bunga indah tapi jalan yang menuntut pengorbanan. kerana kita dapat merasakan bahawa pengorbanan itu adalah sumber kebahagiaan kita. semakin banyak yang kita korbankan semakin tenang hati kita. Ujian-ujian yang kita terima sepanjang perjalanan adalah batu loncatan untuk kita terus melangkah jauh.. lihat sahaja seperti air, biarpun di empang perjalanannya,namun, masih mampu memberi manfaat untuk manusia sepekan.. begitulah jiwa yang perlu kita didik.. sentiasa sabar dan redha dengan ujian2 yang mendatang.. tidak mudah melatah dengan kejian dan cacian manusia.. semakin banyak tohmahan, jiwa kita semakin kuat,. semakin bersemangat untuk memperbaiki diri dan orang lain.. mengorak langkah tanpa perlu menoleh..

sahabatku..

Dalam menempuh liku2 hidup sebagai seorang pelajar, anak, hamba, adik, da'ie dan khalifah.. kita perlukan kekuatan itu,. bersabar itu perlu tetapi redha adalah lebih baik.. berlapang dada dan memberi maaflah andai mahu merasakan kebahagiaan... insyaAllah.. Inna Allaha ma'na.. sesungguhnya Allah bersama kita.. Waallahu'alam..

Jauh tapi dekat...
Olyn..

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhanku LUAR BIASA!!

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Syukur yang tidak terhingga di ucapkan di atas nikmat pemberianNya. Dengan rahmat kasihNya, Dia telah memilih kita untuk merasai nikmat ramadhan tahun ini. Sungguh,bulan inilah yang di tunggu-tunggu setiap tahun. Maka rugilah bagi mereka yang melalui kehidupan mereka sama seperti 11 bulan sebelumnya. Dan beruntunglah bagi mereka yang berusaha mensucikan diri demi menagih cinta dan redha dari tuhanNya.

Ramadhan.. Bulan yang di dalamnya di turunkan Al quran iaitu sebagai petunjuk bagi orang yang bertaqwa (2:2). Bagi mereka yang beriman,natijah di akhir ramadhan adalah untuk mendapat gelaran TAQWA di sisi Allah. Hanya taqwa yang menjadi kayu ukur diantara kita dengan manusia lainnya. Biar kaya manapun kita,kita hanyalah hamba. Biar cantik manapun kita,kita tetap hamba. Biar bijak manapun kita,kita masih lagi hamba kepada tuhan yang Maha Bijaksana. Hamba..sungguh hina gelaran itu,namun Allah upgradekan nilai hamba itu dgn taqwa kepadaNYA.

Berkata umar bin abdul aziz,

"bukanlah taqwa itu melakukan solat di waktu malam,puasa pada waktu siang dan menggabungkan kedua-duanya,tetapi taqwa ialah melaksanakan apa yang difardhukan Allah dan meninggalkn apa yang diharamkanNya. Jika disertai amal,maka hal itu adalah kebaikan"

Balasan bagi orang-orang yang bertaqwa.

1. Diberikan furqan dan diampuni dosanya (8:29)

“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, kami akan memberikan kepadamu Furqaan. dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan Allah mempunyai karunia yang besar”.

Furqan : petunjuk yang dapat membedakan antara yang Haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan.

2. Diberikan rahmat dan cahaya hidayah dari Allah(57:28)

“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan dia mengampuni kamu. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.


3. Diberikan jalan keluar dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka(65-2-3)

“Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” (65:2)
“Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (65:3)
.


4. Dimudahkan oleh Allah segala urusan(65:4)

“dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”

5. Ditutupkan kesalahan-kesalahan dan dilipat gandakan pahala baginya oleh Allah(65:5)

“Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya”

6. Mendapat barakah dari Allah (7:96).

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.


Maka siapa yang lebih menunaikan janjinya selain Allah?

Oleh itu sahabatku sekalian,marilah kita bersama mengupgradekan ilmu kita daripada teori kepada praktikal. Kita tahu ramadhan bulan berkah namun,tidak ramai yang mencari keberkahan itu. Kita tahu ramadhan bulan mengumpul amal dan mereduce dosa,namun,masih ramai di antara kita yang mengumpul maksiat dan mensayonarakan nikmat Allah. Upgradekan tahu itu kepada sedar supaya kita dapat menjadikan ramadhan kita kali ini ramadhan yang luar biasa. Ya,. Ramadhanku luar biasa!!. Moga-moga di akhir ramadhan nanti kita beroleh taqwa itu dan bila keluar dari ramadhan kali ini kita kembali semula kepada fitrah kita iaitu suci dan murni. Mungkin kita tidak dapat kembali semula menjadi kain putih bersih,namun biarlah kain itu menjadi kain batik yang indah di pandang mata. Coraknya suci berseri.. Waallahu'alam.

Thursday, July 23, 2009

Jom kenal DIA,,>> siri i

Tak kenal maka tak cinta..

Bila tidak cinta tiada lah ukhwwah dan tidak akan ada juga pertalian. Ikatan pula, tidak akan terjalin. Sebelum kenal, tidak akan mahu bercinta, namun bila sudah mengenali maka rasa cinta itu akan wujud dalam diam. Tanpa di paksa,. Lumrahnya, akan sukar untuk melupai sesuatu yang kita cintai dan sentiasa berada dalam kegelisahan andai tiada interaksi dua hala. Kita cenderung untuk merindui sesuatu yang kita cinta dan berdebar-debar untuk bertemu dengannya. Itu lah fitrah yang Allah turunkan untuk semua hambaNya. Supaya kita mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik kurniaanNya.


Allah,.. tuhan yang maha mengetahui.. maha pengasih.. maha pengayang.. maha memelihara.. maha menjaga.. maha melihat.. dan segala maha yang ada adalah milik Allah yang Maha Agung. Tidak ada cara yang mudah untuk bercinta dengan Allah melainkan dengan mencari jalan untuk mengenaliNya. Salah satunya ialah dengan mengetahui dan memahami maksud nama2 Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dialah Allah yang menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-Hasyr: 24)

Bila sudah kenal, cinta pun akan bercambah.. segala suruhan di patuhi dan segala larangan di elakkan selagi terdaya.. bukan apa, takut di marah KEKASIH tercinta.. mengenali nama-namaNya sahaja sudah cukup untuk membentuk peribadi mulia yang di sukai olehNya. Hebatnya Dia,. Hanya sebahagian asma’Nya bole di jadikan sebagai acuan akhlak kita seperti mendengar, melihat, kedermawaan, kemurahan, kasih sayang, sabar ,syukur dan adil. Namun, harus kita ingat bahawa hanya milik Allah keteladanan yang tertinggi. Bagaimana??

Allah Taala adalah Dzat yang di sifati dengan sejumlah sifat yang di sebut asma’ sedangkan Dia adalah Rabb (tuhan). Manusia juga di sifati dengan sejumlah sifat dan boleh menjadikan nama2 tersebut sebagai acuan akhlak sedangkan manusia adalah hamba. Contoh…

Allah Maha Mendengar, Dia mendengar segala sesuatu dan Dia adalah Rabb (Tuhan), sedangkan manusia mendengar tetapi pendengarannya terbatas dan pada waktu yang sama dia mendapatkan kewajipan untuk mendengar dalam batas-batas yang di tetapkan, sehingga dia tidak boleh mendengar ghibah, umpatan atau kekejian.

Allah Maha Melihat, Dia melihat segala sesuatu dan Dia adalah Rabb, sedangkan manusia (hamba) melihat tetapi penglihatannya terbatas dan di wajibkan untuk menundukkan pandangan daripada hal2 yang di haramkan.

Kekuasaan Allah bersifat mutlak, sedangkn manusia berkewajiban agar tidak menggunakan kemampuannya kecuali sesuai dengan apa yang di bolehkanNya. Apabila manusia menggunakan kemampuannya pada jalan yang diharamkan Allah maka hal itu akan menyebabkan jatuhnya martabat mereka.

Kita hanyalah hamba kepada TUAN yang maha hebat. KehebatanNya mengatasi segala-galanya. Kenalilah Dia dengan seikhlasnya..insyaAllah di sana kita akan temukan sesuatu untuk perbaiki HATI kita.. mudah-mudahan..

Sunday, July 19, 2009

Bersama mereka terdapat BEKALAN

Semester baru telah bermula beberapa minggu yang lalu. Mahasiswa dari pelbagai pelusuk negeri telah kembali ke bumi sabah (khusus untuk mahasiswa UMS) untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang muslim yang sedang belajar. Sebagai pelajar yang bermusafir di negeri orang, kita mestilah mempunyai bekalan yang di perlukan di dalam perjalanan supaya tidak tersekat matlamat kita datang ke sini. Bekalan yang penting bagi pelajar dari semenanjung ialah kad matrik UMS, dimana kad matrik ini di gunakan sebagai pas masuk ke sabah. Anyway, bukan nak cerita sangat pasal kemasukkan ke UMS atau apa2 yang bersangkut paut dengannya. Cuma sebagai gambaran kepada kita semua bahawa setiap apa yang kita hendak lakukan perlunya bekalan dimana ia menyediakan sebab-musabab yang membolehkan kita meneruskan perjalanan agar dapat menuju matlamatnya.

Sememangnya kita telah sedia maklum perkara pertama yang kita perlukan di jalan dakwah ialah perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak geri dan diam, bahkan pada setiap detik. Al
lah berada di mana-mana sahaja yang kita mahukan. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia akan kehilangan dan sesat. Maka disaat itu, kita adalah di kalangan orang-orang yang rugi. Na’uzubillah.. Namun, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Dan taqwa yang terbaik adalah apa yang membawa kita kepada apa yang di kehendaki Allah. Teringat ana pada pengisian halaqah yang lepas, taqwa itu bukanlah terletak pada banyaknya amalan tetapi bergantung kepada berapa banyaknya maksiat yang kita tinggalkan dan berapa banyak kehendak nafsu yang kita endahkan.

Kenapa perlunya bekalan?

Sebagai da’e yang menyeru kepada kebaikan pasti akan diuji. Pada waktu
tertentu, diri kita akan di selubungi perasaan lemah semangat dan malas. Seolah-olah, nak tinggalkan semuanya. Kecewa sebab masyarakat sekeliling tidak menyahut seruan yang disampaikan. Kadang-kadang sampai kita terduduk dan menangis sendiri dan kadang-kadang rasa seperti orang yang kurang siuman. Jika ianya berterusan, di khuatiri seseorang itu akan berehat dan tidak beramal. Tetapi orang mukmin saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran sepertimana yang di anjurkan dalan al-quran. Kita akan sabar dengan pelbagai ujian, namun kadangkala susah untuk redha dan memberi peringatan mendatangkan manfaat untuk orang mukmin. Kata-kata nasihat dari saudara kita mendatangkan kesegaran buat hati yang sedang lesu dan lemah.

Para pendakwah dijalan Allah juga seringkali berhadapan dengan pelbagai peristiwa dan pendirian yang mendukacitakan, menyusahkan dan meragukan. Mereka perlu menetukan pendirian yang sesuai dengan islam ketika brhdapan dengan pelbagai sikap dan peristiwa. Mereka perlu membuat pertimbangan yang sempurna bertepatan dengan perspektif islam dan mengemukakan pandangan yang benar; sekalipun terpaksa menghadapi tentangan dan merasai keperitan. Sikap ini tidak dapat di laksanakan sedikitpun dan tiada apa yang dapat membantunya melainkan iman dan taqwa.

Dalam surah al-talaq: 2-3 Allah mengingatkan;


“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya A
llah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka. Dan ingatlah, sesiapa berserah diri kepada Allah maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya.”

Dan Allah juga berfirman:

“…. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar…. (at-taghabun: 11)

Pada persabahatan yang soleh terdapat bekalan

Ukhuwah yang di bina atas dasar cinta kepada Allah adalah ni’mat terbesar yang Allah sediakan kepada kita setelah nikmat iman dan islam. Alla
h menganugerahkan nikmat ini kepada orang-orang yang beriman dan menyeru mereka untuk bersatu, tidak bercerai berai seperti dalam firmannya:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (ali-‘imran:103)


Ia merupakan nikmat yang tidak dapat di beli dengan wang atau kekayaan dunia tetapi ia wujud dengan kurniaan dan kekuasaan Allah

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana”. (al-anfal:63)

Sesungguhnya ikatan ‘aqidah islam adalah ikatan yang paling kuat secara mutlaq. Orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhwwah kerana Allah merasakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang tidak pernah di rasakan oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan dunia. Kemanisan yang dirasai hanya dapat di rasa oleh mereka yang bersama-sama melaluinya. Apa lagi yang di perlukan pada sebuah persahabatan, di kala sunyi ada sahabat yang menghiburkan, di kala susah ada sahabat yang meringankan, di kala sakit ada sahabat yang mendoakan, di kala lemah dan hilang semangat ada sabahat yang sentiasa di sisi memberi kata semangat untuk meneruskan perjuangan. Alangkah indahnya persaudaraan itu..


Alangkah bahagianya saat ketika bersama sahabat. Yang berat jadi ringan, yang kusut jadi tenang. Alangkah tepatnya kalau kita dapat memelihara nikmat-nikmat tersebut dengan sekuat tenaga dan dengan cara dan jalan yang kita sanggup.
Wahai sahabatku,.. pada zahirnya kita adalah jauh, namun hakikatnya kita adalah dekat. Rabitah mendekatkan kita dan mengukuhkan ukhwwah kita. Moga2 kita dapat bertemu lagi, andai tidak sempat di dunia.. insyaAllah di syurga nanti.. amen.. Salam rindu untuk semua.. Teruskan perjuangan!!!

Tuesday, June 30, 2009

untuk semua!!


Assalamualaikum.. secebis peringatan buatmu yang bergelar daie daieyah…

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHWAT,.. SUKSESKAH KITA????

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHWAT, bagaimana dengan kita?? Sesungguhnya menjadi kewajiban bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorg wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan ini mungkin di sebabkan kerana:

• Belum mengetahui batas-batas pergaulan
• Sudah mengetahui, namun belum memahami
• Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan
• SUDAH MENGETAHUI DAN MEMAHAMI, NAMUN TERGELINCIR KERANA LALAI

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun bertudung labuh berwarna-warni. Kita sibuk berhiaskan symbol-simbol front islam, namun lupa substans islam. Kita bersungguh belajar ilmu islam namun tidak focus pada pemahaman dan amal. Aktivis secular tidak lagi segan dengan kita..
Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.

Ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, SUKSESKAH kita????

Jawablah sendiri dengan ilmu yang sangat sedikit dan iman yang sangat cetek..
Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita?? Adakah kita terlibat sama?? Jgn sampai anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini..

Wallu’alam.

Di suatu malam yang sunyi..


Malam itu, aku bangun menghadap Rabb yg Satu.. satu per satu memoriku mengungkap ‘kenakalan’ku di suatu zaman.. zaman jahilliyah moden...apakah??

“Astagfirullahal’azim.. baru aku tersedar apa yg berlaku selama ni.. dasyat sungguh kehidupan silamku. Aku tidak mahu balik semula ke zaman itu. ya Allah.,tetapkanlah hatiku di jalan ini, berilah aku peluang untuk merasai nikmat cinta pada Mu.. Aku inginkan keberkatan dalam setiap ilmuku.. Ampunkan dosa2ku Ya Allah,,. Ampunkanlah.. siapalah aku di pandangan Mu,jika aku tidak layak untuk menerima sentuhan kasihMu,. Cukuplah sekadar Engkau memandangku,menoleh kepadaku agar aku tidak terus terbuai dengan keseronokkan dunia yg sementara. Namun Ya Allah, hambaMu yg hina ini merayu agar Engkau terus ‘mendidikku’ sehingga kenafasku yg terakhir”.

Air mata itu jatuh lagi.. entah yang keberapa kali.. Air mata keinsafan dari seorng hamba yang daif. Hamba yang mengharapkan keredhaan Tuhannya. Malam itu,. aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat di rasa. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri. Nur keinsafan yg hadir begitu menyentuh hatiku. Nafas di hela perlahan-lahan. Mencari erti sebenar kehidupan. Mencari makna cinta yang hakiki.
Hatiku merintih meminta ‘ubat’.. jiwaku ‘kosong’ penuh debu2 dosa. Bunyi cengkerik tidak ku endahkan.. saban hari, kurasakan hidupku tidak berguna lagi.. apakah yang harus dilakukan tatkala harapanku pada manusia musnah? Hati yg diikat kuat dengan kelas2 agama selama ini roboh, terbuka segala ikatan itu. Beginilah bahana cinta apabila tidak di salurkan dengan betul. Dalam hati, aku mencerca diriku sendiri lantaran mudah tertipu dengan bisikan syaitan.. aku terlupa dengan tujuan hidupku..

“ Arghhh.. kenangan lalu terlalu menghimpit jiwa ku..lepaskanlah aku.. bebaskanlah aku dengan dunia” sakit tekakku menjerit, namun tiada siapa yang mengendahkannya.. Aku merenung kembali tujuan hidupku didunia ini.. sering dibisikkan kepada hati..

“wahai hati,. Kau cuma hamba kepada Raja yang Maha Mulia,.kau Cuma HAMBA kepada Allah. Tujuan hidupmu adalah Untuk beribadah kepadaNya”

Ahh, mungkin mudah. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadah itu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Sering sekali tujuan hidup dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat. bila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat. Acapkali keperluan hidup bertukar menjadi TUJUAN hidup. Semua ini adalah lantaran terpesona dengan cinta yang sementara.

Hakikatnya, tujuan itulah yang pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh. Manakala makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta serta dunia segalanya hanya keperluan hidup. Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu ialah alat mencapai tujuan. Tujuan itu letaknya di hati. Manakala keperluan itu harus di letakkan di tangan. Apakah hatiku sarat dengan TUJUAN? Atau alpa hanya memburu membanyakkan keperluan di tangan?

Ah, malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Pada hal, hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan Allah. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari sering juga keperluan dimartabatkan sebagai tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas tapi tak pernah puas!

"Ya Allah.. kuatkanlah langkahku.. kurniakanlah kesabaran dan ketaqwaan keatas jiwaku.."

"Wahai hati.. hentikan saja angan-angan mu.. hentikan saja kiraan waktumu..masanya belum tiba lagi untuk engkau memiliki cinta itu. Duhai hati,. Janganlah engkau sibuk mengejar cinta itu, tetapi kejarlah cinta Allah. Carilah keredhaan di setiap langkahmu."

"Wahai hati,. Janganlah engkau lekakan aku dengan angan-anganmu sehingga aku terlupa akan tujuan hidupku. Sedang masih banyak ilmu yang perlu ku raih. Duhai hati, sedarkah engaku dugaan itu sunnah perjuangan? Tapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapi. Kau perlu tabah dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi tabah dalam sehari dua…"

"Wahai hati,.bersabarlah.. perjalanan kita masih jauh.. bersabarlah.. teruskan doa dan tawakalmu.."

Hati ‘besar mu’ boleh menipu wahai diri… tetapi ‘hati kecil mu’ tidak mampu menipu. Hati kecil mu sentiasa tidak rela dan tega untuk menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila kau cuba menduakan cinta yang SATU.

Sedarlah wahai hati,. Makanan dan ubat jiwa bukan harta… tetapi cinta. Bukan cinta pada manusia tetapi Cinta Allah dan takut kepada-Nya.

Malam kian larut. Mata tidak mahu tidur diheret dalam kembara hati yang bersimpang-siur. Apakah destinasi ku saat ini? Kembara hati ku terus melangkaui dinihari… Hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri! Ya, Allah… benarlah seperti yang dirintihkan oleh Sayidina Ali di satu ketika di malam-malam begini, “Wahai dunia, janganlah tipu aku… janganlah tipu aku… aku telah ceraikanmu dengan talak tiga!”


Friday, June 26, 2009

Hafshah Binti Umar

Hafshah Binti Umar - Profil Seorang Shahabiah yang Teguh dan Sabar

Beliau adalah ummul mukminin yang gemar berpuasa dan shalat. Ibunya adalah Zainab binti Madh'un binti Hasib. Hafshah adalah istri dari sahabat Khunais bin Khudzafah Al Sahmi yang ikut hijrah ke Habsyah dan Madinah. Khunais syahid pada perang Uhud. Ketika itu Hafshah berusia 18 tahun. Meski hidup dirundung duka, namun keimanan dan keteguhan hati Hafshah dapat meredam segala yang terjadi dan menerpa pada dirinya. Ia menyadari benar bahwa semua adalah takdir dari-Nya. Kesabaran, ketabahan, sikap hidup qanaah dan wara' Hafshah selalu menyelimuti pribadinya. Umar sebagai ayah dari sahabiah yang dijuluki shawwamah (selalu puasa) dan qawwamah (selalu bangun malam) ini, beliau berusaha mencarikan teman hidupnya yang cocok. Beliau berangan jika Hafshah dipertemukan oleh Allah dengan sahabat Utsman bin Affan ra. Karena Utsman juga senasib dengan Hafshah. Utsman telah ditinggal oleh istrinya yang tercinta Ruqayyah binti Rasulullah SAW.

Selain itu Ustman adalah sahabat Rasulullah yang terdekat. Beliau terkenal dengan julukan Al Faruq. Akan tetapi Allah menghendaki lain, meski Umar, Sang Ayah, berkeinginan keras agar Hafshah dapat dipertemukan dengan Utsman ra. namun ternyata Utsman menyatakan ketidaksanggupannya dengan halus. Selain Utsman, Abu Bakar juga diberi tawaran untuk mempersunting sahabiah Hafshah ini. Namun, ternyata belum juga dikehendaki oleh Allah. Barangkali, disinilah hikmah-Nya yang sangat agung. Bahwa di setiap kesusahan pasti akan datang kemudahan. Dan apa yang belum digenggam di tangan manusia di saat ini, barangkali akan diganti oleh Allah dengan yang lebih baik di hari depan.

Sebagai seorang ayah, sahabat Umar tetap berusaha mencarikan pasangan hidup yang serasi untuk shahabiah Hafshah. Setelah beberapa langkah ia tempuh dan Allah belum membukakan jalan, akhirnya semua diadukan kepada Rasulullah SAW. Dari Rasulullah inilah hati Umar merasa tenteram. Dahaga yang diresahkan Umar, disiram dengan kesejukan kata mulia dari makhluk Allah yang paling mulia, Rasulullah SAW. Rasulullah berkata, bahwa Hafshah akan menikah dengan yang lebih baik dari Utsman. Dan Utsman akan menikah dengan yang lebih baik dari Hafshah.

Dan benar, akhirnya Allah mempertemukan sahabiah Hafshah dengan manusia teragung di dunia ini, Rasulullah SAW. Hal ini belum pernah terbayangkan oleh Hafshah, bahkan Umar sendiri sebagai ayahnya. Itulah buktinya lagi bahwa kesabaran dapat menjanjikan sejuta kesenangan di hari depan, yang tidak pernah terlintas di benak manusia. Semua barangkali karena manusia hanya mampu melihat segala yang kasat mata, sementara kaca mata Ilahi lebih tajam dari apa yang ada di sisi manusia. Disitulah juga letak 'ibrah (pelajaran) bagi kita semua. Kita tentunya ingat pada suatu kaidah yang mengatakan bahwa al 'ibratu bi 'umum al lafdzi la bikhushush al sababi; pelajaran dilihat dari generalisasi lafadznya, bukan dari spesifikasi sebab yang terjadi.

Ya, ini adalah sebuah pelajaran yang sangat berharga bagi kita semua kaum muslimin. Bahkan bagi semua lapisan nilai-nilai fitrah kemanusiaan (humanisme) umumnya, yang kerap kali didengung-dengungkan oleh komunitas moderen. Lihatlah, bagaiamana masyarakat Islam merasa bertanggungjawab sekali terhadap kondisi masyarakat dalam strata sosial apapun, sampai kondisi ditinggalnya sang istri oleh sang suami atau sebaliknya. Barangkali, kondisi semacam ini dalam jangkauan undang-undang masyarakat moderen, tanggung jawab sepenuhnya dilimpahkan kepada modin atau kantor urusan agama. Lihatlah masyarakat Islam percontohan generasi pertama ini. Lihatlah bagaimana Rasulullah juga ikut campur dalam permasalahan ini. Bahkan berusaha mencarikan solusi yang tepat terhadap permasalahan ini.

Semua berangkat dari kesadaran bahwa bangunan masyarakat tidak akan terjalin kokoh kalau tidak dimulai dari bangunan keluarga yang shalih. Dan manusia yang paling bertanggung jawab terhadap kecemerlangan generasi pertama ini adalah Rasulullah SAW. Maka apapun yang terjadi, beliaulah yang pertama kali berani mengorbankan segala kepentingan pribadinya. Pesan Rasulullah senantiasa terngiang di telinga sayyidah Aisyah ketika beliau berkata, "Telah lewat masa tidur kita wahai Aisyah." Ini menunjukkan sikap Rasulullah yang sangat agung, dengan mendahulukan kepentingan ummat dari kepentingan pribadi. Itulah makanya, berdasar perintah Allah, akhirnya Rasulullah memperistri Hafshah ra. Dari sinilah Hafshah mendapat semangat hidup yang prima, karena didampingi oleh manusia yang paling mulia; Rasulullah SAW.

Semangat hidup tersebut sangat nampak sekali setelah beliau hidup di tengah-tengah rumah Rasulullah SAW. yang dibuktikan dengan potensi iman, akhlak dan akal yang sangat dibanggakan. Sebagaimana yang makruf, bahwa rumah Rasulullah adalah rumah kenabian. Rumah Rasulullah adalah rumah ilmu. Rumah Rasulullah adalah rumah Al Quran. Maka istri-istri nabi senantiasa menghidupkan karakter kehidupan rumah Rasulullah dengan semangat ilmu, semangat ibadah dan semangat amal yang tinggi tersebut.

Bahkan diantara istri-istri nabi mempunyai kelebihan-kelebihan yang berbeda antara satu dengan lainnya. Hafsah sendiri terkenal sebagai sahabiah yang terkenal banyak meriwayatkan hadits Rasulullah SAW, hingga wafatnya. Bahkan diriwayatkan bahwa Abdullah bin Umar sendiri yang selalu meniru segala jejak dan amal Rasululllah, selalu menjadikan Hafshah sebagai rujukan, tempat bertanya tentang hadits yang beliau tidak ketahui. Dari segi ibadahnya sahabiah Hafshah ini terkenal dengan julukan al shawwamah al qawwamah (yang senantiasa puasa dan bangun malam). (Lihat al Ishabah fi al Tamyiz al Shahabah:4/265).

Ketika Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, pada awal kekhalifahan beliau terjadi fenomena kemurtadan yang cukup riskan, terutama mereka yang belum kuat imannya.. Bahkan mengganggu stabilitas masyarakat Islam yang baru ditinggal oleh Rasulullah SAW. Di daerah Nejed dan Yaman banyak kaum muslimin yang melepaskan diri dari keislamannya dan menolak membayar jizyah. Maka diutuslah pasukan untuk menyelesaikan permasalahan ini oleh Abu Bakar . Dan terjadilah peperangan yang cukup hebat, setelah beberapa peringatan yang disampaikan kepada mereka agar kembali kepada Islam.

Tentara Islam yang ikut dalam operasi ini mereka banyak dari para penghafal Al Quran. Dalam peperangan ini telah gugur sebanyak 70 sahabat penghafal Al-Quran. Bahkan dalam suatu riwayat diceritakan bahwa sebelum peperangan itu terjadi, telah gugur para penghafal Al Quran dengan jumlah yang sama ketika di Bi'ru Ma'unah, dekat kota Madinah. Maka dari itu Umar ra. khawatir kalau sahabat para penghafal Al Quran yang lain, yang masih hidup, juga akan gugur. Kemudian beliau datang kepada Abu Bakar ra. memusyawarahkan hal ini. Umar mengusulkan agar Al Quran yang ada dikumpulkan, demi menjaga kemusnahan.

Dalam pengumpulan Al Quran ini sahabat yang bertanggung jawab adalah Zaid bin Tsabit. Ia bekerja sangat teliti dan hati-hati. Dan, terkumpullah Al Quran tersebut dalam satu mushaf. Mushaf tersebut akhirnya dipercayakan pemeliharaannya kepada sahabiah Hafshah ra., yang akhirnya dikenal dengan nama mushaf Hafshah. Beliaulah sang pemelihara Al Quran, selama 10 tahun hingga datang masa Utsman ra menjabat sebagai khalifah. Pada masa Utsman mushaf Hafshah diperbanyak kembali dan disebarkan ke seluruh wilayah kekuasaan kaum muslimin untuk menyatukan bacaan.

Begitu besarnya peran Hafshah terhadap ummat Islam. Dan begitu agungnya nilai kesabaran dan keteguhannya, hingga membawa beliau kepada kedudukan yang sungguh sangat mulia; sebagai pendamping Rasululullah (tergolong dari istri nabi yang kelima selain Ummi Habibah, Ummi Salmah, Aisyah dan Saudah binti Zam'ah), sebagai sumber rujukan ilmu dan sebagai pemelihara Al Quran. Dan benar, bahwa hasil dari kesabaran lebih manis dari madu (ahla min al'asal) meskipun rasa awalnya lebih pahit dari bratawali. Wallahu yahdi ila sawa al sabil. wahuwa ahkam wa 'alam.
Ajarilah jiwamu untuk terbang TINGGI,
Nescaya ia tidak suka akan kerendahan..

Kenalkanlah kepada jiwamu kemuliaan,
Nescaya ia akan membenci kehinaan..

Rasakanlah kepada jiwamu kesenangan rohani yang BESAR,
Nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang KECIL..

~Muhammad Ahmad ar-Rasyid~

Thursday, June 18, 2009

Sibuk ke??


Alhamdulillah,. Bersyukur kehadrat Illahi,.kerana kita dapat merasai lagi keindahan Jumaat untuk minggu ini dan Tiada siapa yang dapat menjamin kita untuk sampai ke Jumaat akan datang. Sedangkan esok pun kita xtau samada kita masih lagi hidup atau sudah jadi arwah. Inikan pula nak sampaikan Jumaat akan datang. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu dan bukan tugas kita untuk sibuk nak amik tau. Persoalannya, apakah tugas kita?? (skemanyer ayat.. macam nak wat karangan form 5 dulu2 plak :) … WATEVER!! )

Anyway,.. lama sudah ndak update blog.. kenapa?? Why?? I have no answers 4 dat..apa yg pasti ana meMohon keampunan kepada Allah kerana terabai tugas yang satu ini. Ke nak tau alasan??

“maaflah.. ana bizi skrg”

“owh,. Ana ada urusan lain yang lebih penting.. tunggunye nanti ana update la”

“esok2 la ana tengok blog tu” (walhal tiap2 hari bole online)

“kejap2.. ana ngah buat report LI”

“tunggu ea.. ana nak jumpa bos”

“kita amik masa lain kali lah pk pasal blog ni”

Dan..

Bermacam2 lagi ALASAN yang ana bole reka. Mungkin alas an yang paling bole di terima ialah MALAS..huhu.. betul ke? Betul2 (nah.. menjawab sudah hati ku)..

For wat ever situation I am.. ana tidak akan pernah untuk melupakan tugas kita,.InsyaAllah.. sibuk sangat ke?? Agaknya kot..

Sibuk.. melayan perasaan…

Sibuk.. di buai mimpi yang ‘macam indah’

Sibuk.. mengambil tahu kisah ‘manjalara’

Sibuk.. melayan sms @ kol..

Sibuk.. membuat diari yang x abes2

Sibuk.. yang ntah apa2 lagi lah..

Astaqfirullah.. o Allah,.. forgive me.. forgive me when I’m whine..

Aku tak mahu menjadi orang yang zalim yang menyembunyikan syahadah yang aku yakini.. sepertimana kaum Yahudi yang terlebih dahulu dianugerahkan takhta syahadah ini sebelumku. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah;

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (Al-Baqarah: 140)

insyaAllah pada entry kali ini ana nak share dengan sahabat2 sekalian kepentingan kita untuk menyebarkan Kalimah Syahadah yang kita yakini selama ini. Pertamanya,. Mohon maaf dengan bebelan yang di atas tadi.. huhu.. ;)



Syahadatul Haq – penyaksian terhadap kebenaran.

“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan. So? Memang confirm la xcukup kalau kita sekadar yakin untuk diri sendiri tapi tidak mahu menyebarkan kepada orang lain kan.

Mari kita imbas semula sejarah beribu tahun yang lepas,. Bagaimana keadaan kita if Rasulullah hanya simpan sorang2 kalimah tu? Confirm kita sekarang ni berada dalam kesesatan yang nyata.. nau’zubillah. Apa yang baginda lakukan? Baginda pergi mengetuk setiap pintu rumah yang ada di mekah masa tu mengajak orang u
ntuk sama2 beriman kepada Allah, tuhan yang satu. Dan mari tengok pula kegigihan Mus’ab bin Umair yang masih muda, segak, bergaya.. mencontohi rasulullah mengetuk pintu setiap rumah di madinah mengajak mereka untuk beriman kepada Allah sehingga Mus’ab syahid di medan jihad menegakkan kalimah ini. Ada lagi,. Tengok pula Hanzalah yang di mandikan malaikat semasa kesyahidannya menentang org kafir yang menyeleyeng dengan kalimah ini.. bagaimana pula kita?? Adakah kita sibuk seperti mereka? Atau sibuk macam yang kat atas td? Tepuk dada Tanya iman masing2..

Apa perbezaan kita dengan mereka? Adakah ayat ini hanya di turunkan untuk mereka…

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)”

Ayat ini bukan hanya untuk mereka, malah untuk kita juga. Tugas ini bukan tugas mereka sahaja, tugas ini juga adalah untuk kita. Kitab suci yang mulia telah mengingatkan kita bahawa Allah Taala yang memiliki nama-nama yang suci telah meletakkan kita sebagai satu ummah perantara. Malah Allah memilih kita bukan umat-umat yang lain supaya kita melaksanakan segala hak syahadah ini. Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

Tugasnyer macam mana pulak ni??

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah

  • kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  • Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah,
  • kita tunjukkan segala petunjuk dan arahtujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah.

Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagia
an kepada seluruh manusia. Jadi maksud sebenar di sebalik syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang perlu kita paparkan kepada seluruh manusia ialah kita buktikan bahawa kebenaran yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah untuk Allah menghukum hamba-hambaNya. (4:165)

Suatu perkara yang jelas nyata ialah para nabi dan para rasul hanya diutus untuk menyampaikan syahadah ini. Sudah tentu tanggungjawab ini menjadi kewajipan mereka. Setelah itu, selepas ketiadaan mereka tanggungjawab ini diwajibkan pula kepada orang-orang yang mengimani dan akur dengan risalah dan perintah mereka. Pada hari ini tanggungjawab syahadah dipikul pula oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan risalah Muhammad s.a.w.. Tanggungjawab ini kini menjadi tanggung
jawab mereka semua yang suatu ketika dahulu ia menjadi kewajipan pembawa risalah ini, Nabi Muhammad s.a.w. ketika hayatnya.

Dan kini.. tanggungjawab itu.. berada di atas bahu kita sahabat2 sekalian.. ATAS BAHU KITA!!!


Sudah cukupkah hujah kita apabila kita di berada di hadapan Allah kelak? mari fikirkan..Kita sering menuntut hak kita seupaya Allah sentiasa memenuhi hak kita sebagai hambanya.. memohon supaya Allah meluaskan rezeki kita, memohon supya Allah kurniakan kebahagiaan dalam hidup kita,. Memohon supaya Allah memberi kejyaan dalam setiap perkara.. namun kita sering lupa dan leka dengan hak Allah yang satu ini. Kadang kala,. Solat pun kita lengahkan.. kerap kali juga kita mencari alsan untuk tidak hadir ke usrah,. Saban hari,. Kita di sibukkan dengan hal2 keduniaan.. tenggelam dengan nikmat yang hanya pinjaman dari tuhan.. Zalimnya
kita..

Yes!!! Kita zalim pada diri sendirii.. percaya tak?? bukahkah zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.. jadi.. Fikirlah sendiri..

Dan kesimpulannya.. entry ini hanya la sekadar peringatan untuk diriku yang mudah lupa dan tanda sayang pada agama ini. Mudah2an usaha yang sedikit ini dapat menjadi saksi di hadapan Allah kelak..

Wa’allahualam. Jumpa di next entry insyaAllah..

Friday, June 12, 2009

Sakit sikit jer...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat Illahi kerana masih lagi memberi 'pinjam' nikmat iman dan islam.. Hari ni.. nak share sikit informasi mengenai penyakit yg tetibe menyerang diri ini.. Alhamdulillah.. masih stabil..

Tekanan darah rendah (hipotensi)

Apa itu hipotensi???

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.


Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

Wednesday, June 10, 2009

merepek..merepek..merepek..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ku mohon kepadaMu Ya Allah "Segengam Tabah" dan kudapati betapa "Indahnya hidup bersamaMu Ilahi"... ku akui, segala sebak, gelora, suka, duka dan penat lelah "Dihati ini hanya Allah yang tahu" kerana "sesungguhnya" "kembara ilmu"ku sedang "Mencari Yang Maha Satu"..

Di "Atas Nama Cinta" ku lontarkan " Lafaz Yang Tersimpan" kerana "Rahmat KasihMu" begitu luas untukku.. 

Oh Tuhan...
Dengarlah "Munajat seorang Hamba"Mu yang kerdil ini. Ku sedar Ya Allah, ujian dan mehnah adalah "Sunnah Orang Berjuang" dan di sana ku dapati.. 
kasih dan sayangMu tidak pernah kering untukku...

Dengan rendah diri "Ku Serah Cinta"ku hanya untukMu.. kurniakanlah aku kekuatan untuk melalui "Pesona Dunia" yang hanya permainan dan senda gurau belaka.

Kini...
ku "Pasrah Segalanya" kerana "aku hanyalah Roslina"

Pintaku..
Tetapkanlah aku di jalan ini dan janganlah Kau menggantikanku dengan kaum yang lain lantaran kealpaan dan kelekaan ku sepanjang berada di jalan ini. Sesungguhnya aku takut dengan amaran yang telah Kau beri...

"Dan jika kamu berpaling(dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan durhaka seperti kamu" (47:38) 

Apa yang pasti.. perkara ini bukanlah penamat kepada semuanya melainkan permulaan kepada cabaran yang lebih hebat di hadapan.. MasyaAllah.. sungguh indah tarbiyahMu oh Tuhanku..

waallahu'alam

"dan sungguh... kami benar2 akan MENGUJI kamu sehingga Kami mengetahui org yang benar2 berjihad dan bersabar diantara kamu dan akan Kami UJI perihal kamu" (47:31)

Tuesday, June 9, 2009

Ambillah pelajaran..

Pertamanya.. nak ingatkan pada semua, artikel ni tidak ada kena mengena dengan empunya blog atau sesiapa sahaja. Ianya hanyalah sekadar bahan perkongsian yg di ambil dari:

http://www.geocities.com/demimasa1/ikmal5.html

konsep PERTUNANGAN dalam Islam..

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami.Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya,mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah saw bersabda lagi:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, Cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan,eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya.Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Adasaja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal.Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek,beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.


Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah saw:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja;sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka.Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis
perkahwinan.Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluaskan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan.Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah
sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun,pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut
syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang
atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan/”

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.”