Sunday, May 31, 2009

Setiap manusia telah "Bertunang?"

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillahirabil’alamin,.segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.. Raja segala raja..
Yang telah banyak memberikan kurniaanNya kepada kita.. Selawat dan Salam kita curahkan buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw, keluarga, dan para sahabatnya.
Syukur,. Alhamdulilah..kita masih lagi di beri peluang untuk menghirup udara segar di luar sana, masih lagi di beri kesempatan untuk mengikis ‘sisa-sisa’ jahiliyyah yang masih berbaki, masih lagi sihat dan mampu menjalankan kerja-kerja seharian dengan tangan kita sendirian. Marilah kita bersyukur dengan kurniaan Allah untuk kita.
Imam Ghazali pernah mengajukan beberapa soalan kepada anak muridnya. Salah satunya,. “apakah yang paling DEKAT dengan manusia ketika di dunia?”
Ada yang menjawab sanak saudara,. Ada yang menjawab ibu dan ayah, dan ada juga yang menjawab suami/isteri.. tetapi hakikatnya.. yang paling DEKAT dengan manusia ketika di dunia ialah KEMATIAN..



disini kita satu hari nanti..

Sedarkah kita bahawa setiap diantara kita sudah “bertunang”?? bertunang dengan KEMATIAN. Bertunang dengan dengan manusia tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, mungkin putus di pertengahan jalan. Namun, pertunangan ini adalah pertunangan yang PASTI akan bertemu dengan ‘jodoh’ yang telah di tetapkan. Cuma bezanya, di hari pertunangan kita,mungkin ada yang sudah merancang tarikh,masa dan tempat perkahwinan akan di jalankan. Tetapi pertunangan ini, kita tak dapat nak tentukan tarikhnya,masanya dan tempatnya. Ia boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Hakikatnya, Setiap hari kita semakin dekat dengan detik kematian kita,walaupun kita tak tahu bila,dimana dan bagaimana berlangsung majlisnya, namun yang pasti hari ini selangkah lagi kita mendekati detik yang telah di tentukan itu.
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang Ansar, “Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?” Baginda bersabda, “mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik”
Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Bukan orang yang melupai kematian ataupun orang yang takut menghadapi kematian. Hal ini kerana, mereka yang mengingati mati akan membuat persediaan untuk menghadapi detik kematiannya. Ianya akan mendorong manusia untuk melaksanakan kebajikan dan berbuat baik sesame manusia. Mereka akan segera bertaubat atas dosa yang telah di lakukan terhadap Allah dan sesame manusia. Mereka sabar dan bersyukur dengan ujian yang di hadapi. Baginya, ujian adalah salah satu petanda Allah masih sayang padanya. Jika kita berdebar menanti saat pertunangan dan pastinya akan membuat persediaan yang teliti untuk menempuh hari bahagia. Begitu juga dengan kematian, kita perlukan bekalan untuk ke sana.
Disebalik itu…
Kematian bukanlah suatu pengakhiran sebuah kehidupan melainkan ianya adalah fasa peralihan dari alam dunia menuju alam barzakh sama seperti kelahiran yang merupakan proses transisi dari alam roh kepada alam dunia. Kematian adalah proses perpisahan roh dan jasad. Jasad akan kembali ke tempat asalnya iaitu tanah dan roh akan kembali kepada Tuhannya. Firman Allah:
“kami ini milik Allah, dan kepadaNyalah kami akan di kembalikan.” (2:156)
Marilah kita mulakan membuat persediaan menuju detik yang mem’bahagia’kan itu. Detik dimana kita akan bertemu dengan Tuhan kita. Pencipta kita. Tuan kita. Yang selama ini kita mengabdikan diri hanya untukNya. Sudahkah kita bersedia menghadapi detik bahagia itu? Persoalannya betulkah bahagia? Mungkin juga derita yang di tanggung akibat dosa-dosa di atas kealpaan kita selama ini. Na’uzubillah. Sedangkan saat itu tidak ada pertangguhan keatasnya. Jika Allah berkata “kun” maka terjadilah ia.
Waallahu’alam. Pesanan yang dipetik dari solusi isu no.8 Tips mendapat Husnul Khatimah (kesudahan yang baik) 1. Banyakkan bersedekah jariah 2. Rajin menghadiri majlis ilmu 3. Berusaha mendidik anak menjadi anak yang soleh 4. Menjaga masa sekurang-kurangnya 20 jam sehari untuk ibadah (ibadah asas, umum dan sunat) 5. Menjaga anggota daripada melakukan maksiat 6. Tidak menggunakan ilmu untuk menderhakai Allah 7. Pastikan punca pendapatan dan perbelanjaan adalah halal.

No comments: