Tuesday, April 13, 2010

Jantung hati saya..


Alhamdulillah..baru boleh menarik nafas lega. Projek akhir dah sampai ke penghujungnya. Barulah teringat blog yang da lama tak terupdate ni. Banyak betul hak yang tidak tertunai, Hasan Al-Banna penah kata, tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada. Memang betul tapi kadang-kadang dalam kesibukkan tu sempat lagi pegi ber’shopping’, sempat lagi melayan perasaan.. tanggungjawab yang sepatutnya diisi ditinggalkan tanpa kesan kat hati. Begitulah manusia.. sibuk mengejar masa apabila tersedar yang banyak benda tak siap.,hakikatnya masa bukan untuk dikejar, tapi ianya untuk diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Setiap satu saat nikmat masa yang diberikan akan ada pertanggungjawaban yang akan ditanya kelak. Emm.. Peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa.

Akhir-akhir ni asyik teringat pada seseorang yang pernah memberikan kasihnya, pernah menjaga dan merawat tika sakit dan sihat. Insan yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan, daripadanya nikmat iman dan islam terwaris sejak lahir. Mungkin rindu.. bukan mungkin lagi, sangat rindu pada suaranya, rindu pada leterannya, rindu dengan kehangatan dakapannya.. rindu nak bermesra, bergurau senda.. rindu.. rindu sangat!!!. Insan mulia dimataku,tidak pernah bersungut dengan kenakalan anak-anaknya.. bukan sorang tapi sepuluh orang. Adil dalam memberikan kasih sayangnya. Saya sendiri tak pernah rasa hidup susah walaupun keluarga kami bukanlah dikalangan keluarga yang berada. Dia sentiasa cuba untuk membahagiakan kami.

Satu persatu kenangan bersamanya terungkap. Ada satu hari tu, tak da sapa nak hantar saya pergi sekolah. Kalau ikutkan, jarak sekolah dengan rumah bukanlah jauh sangat, bole je kalau nak jalan kaki. Tapi memandangkan saya ni anak yang selalu dimanjakan, jarang sangat saya berjalan kesekolah. Masa tu, abah keje peneroko je, hantar buah kelapa sawit ke kilang. Abah xsempat nak balik. Abang-abang semua pegi sekolah. Akak pulak xreti nak bawa motor. Mak punya lah risau., dia yang hantar saya ke sekolah dengan berjalan kaki tengah panas terik tu, siapkan bawakkan beg lagi. Macam tu lah mak, selalu berkorban untuk saya, tapi saya jarang nak dengar cakap dia.

Saya sayangkan dia tapi tak pernah pun saya cakap yang saya sayang dia. Lidah ni kelu bila nak cakap. Saya Cuma cakap saya sayangkan dia bila roh dia da berpisah dari jasad. Selepas saya sedekahkan yasin untuk dia. Masa tu, dia da tak boleh dengar kata saya. Dulu kalau saya menangis, dialah yang selalu memujuk. Kesatkan air mata, bagi kata-kata semangat supaya saya tidak putus asa dengan apa yang berlaku. Tapi waktu saya ucapkan saya sayangkan dia tu, dia da tak boleh kesat air mata saya lagi. Apa yang saya rasa masa tu, separuh kehidupan saya hilang. Sangat susah untuk saya bangun jadi macam sekarang. Dialah jantung hati saya,.

Saya sangat bersyukur sebab Allah ‘pinjamkan’ saya seorang ibu yang penyayang. Walaupun sekejap tapi kasih sayangnya berpanjangan sampai sekarang. Tidak ada wanita lain yang mampu menggantikn mak disisi saya. Emak adalah mak saya selama-lamanya. Walaupun saya bukanlah anak mak yang terbaik. Mak adalah emak yang terbaik untuk saya. Siapalah saya kalau mak tak didik saya jadi insan berguna seperti hari ni. Pengorbanannya tak terhitung banyaknya. Kekuatan dan ketabahan mak akan terus menjadi sumber inspirasi saya. Setiap kali saya rindu dia, saya akan mendoakan agar rohnya ditempatkan oleh Allah di syurga bersama orang-orang yang Allah redhai dan saya selalu berharap yang saya akan berjumpa dengan dia lagi. Tidak akan terpisah lagi.

Tadi saya mimpi dia, rasa macam menyesal bila bangun dari tidur. Baru nak melepaskan rindu da terbangun pulak. Tapi, Tak pe, saya akan jumpa dia nanti. Baru tadi jugak dapat berita yang nenek kawan saya meninggal, sempat saya menasihatkannya supaya bersabar kerana ka nada banyak kebaikan padanya atas pemergian itu. Apa yang penting, sentiasa positif dengan Allah,. Allah tak pernah zalim pada hambaNya Cuma kadang-kadang kita yang bodoh untuk menilai kasih sayang Allah itu. Waallahu’alam.

Ayah dan ibu,
Hidup dan mati,
Bertemu dan berpisah….


4 comments:

teacherpiqah said...

kakolyn dearie...
be strong....!!
kangan niii..wuwuuwu
i may not in ur shoe, but i can feel d same with u u feel..jgn sdey2 tau..
muahhhhxxx

olyn said...

insyaAllah pqah..
must to be strong..
Dakwah bukan untuk orang yang manja,.
bukan untuk orang yg mudah putus asa..

Unknown said...

nasib kita serupa je...

nurul farhana yanti a.ghani said...

olyn..
rndu ukhti sgt2...
how's ur life right now?
cntact2 lah ye.miss u so much
uhibbuki fillah