Thursday, April 2, 2009

Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
oh... ibu
Dibahu mu tergalas beban
perjalananmu penuh rintangan
kau titipkan kasih sayang sejujur pengorbanan
tak ku nafikan
Disaat kita berjauhkan rasa ingin ku berlari
mendakapimu penuh girang
bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
betapa ku merindu
lembutnya belaian ibu
membuatku terlena
Ku pastikan dikau aman
di kurnia sejahtera
tak ku lupakan
Diwajahmu beronak tenang
kebak di dada kau rahsia
kupastikan di kau aman
di kurnia sejahtera
tak ku lupakan....
DI SAAT KITA BERJAUHAN RASA INGIN KU BERLARI
MENDAKAPIMU PENUH GIRANG
BAK SI KECIL KEHILANGAN
TIADA AKU TANPA IBU
HANYA KAU SATU DI DUNIA
BERTAKHTA DIKAU DIJIWAKU
KAULAH IBU YANG TERCINTA
kau insan pengasih
betapa ku mengharap hadirnya restumu ibu
membawaku ke syurga
bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
darimu insan yang mendoakan kebahagian
anak-anakmu.. oh.. ibu.

rasa rindu itu bertandang lagi.. ku doakan ibu bahagia di sana..

1 comment:

Rantong said...

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"