Tuesday, March 24, 2009

Indahnya hidup bersama Illahi<<



Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, Maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, Maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (10:107)

“Allah, tuhan orang susah, Tuhan orang sebak, Tuhan orang pilu, Tuhan yang memujuk andai kita merajuk, Tuhan yang sentiasa memberi harapan, kala tiada daya menahan ganas gelombang hingga tak bermaya berenang entah ke pantai mana... Begitulah bunyi beberapa ayat dalam mesej yang ana terima daripada seorang sahabat yang ana sayang kerana Allah (moga-moga sentiasa berada di dalam jagaan Allah). Diantara ribuan mesej yang ana terima, mesej ini yang paling terkesan dihati dan membangkitkan ana untuk berkongsi bersama.

Allah, Tuhan yang Maha penyayang, Maha pengasih Maha Memelihara, yang mentarbiah kita dengan pelbagai cara pentarbiyahan. Ada yang kecik, ada yang besar, ada yang ringan ada yang berat, ada yang sedih ada juga yang gembira. Pepatah sering menyebut, hidup ini tidak akan indah tanpa dugaan. Namun, bukan mudah untuk menghadapinya. Sedar atau tidak, ujian yang didatangkan merupakan tiket untuk mendapat keredhaanNya yang sudah pasti syurgalah jaminanNya dengan syarat kita meletakkan 100% keyakinan pada Allah.

Allah SWT telah berfirman dalam alquran yang bermaksud,

‘Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya’Apabila diuji dengan pelbagai ujian, kita mesti redha dengan segala ketentuan Allah. Letakkanlah Dia makam yang tertinggi di hati. Disitu barulah kita rasa betapa manis dan indahnya hidup bersama illahi. Kata saidina Ali, redha itu merupakan salah satu serpihan daripada sifat taqwa kepada Allah. Kita hendaklah redha dengan apa sahaja pemberian Allah kepada kita. Usah mengeluh dan mempersoalkan lagi pemberianNya itu walaupun sukar diterima. Dalam firmanNya, menyebut;

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui".(2:216)

Tidak perlu cepat melatah apabila diuji kerana tiada yang sia-sia pada ciptaanNya. Dia tahu segala yang terbaik untuk kita. Sebagai hamba, kita belum dikatakan beriman jika kita tidak di uji terlebih dahulu. Yakinlah bahawa ujian yang datang itu menunjukkan kasih sayangNya terhadap kita. Segala ujian yang diturunkan adalah tidak sama dan ia terletak pada kapasiti iman hambaNya. Belajarlah menerima suratan takdir dan carilah hikmah yang tersirat disebalik ujian tersebut kerana hikmah tidak akan datang secara bergolek tetapi ia akan hadir secara halus kedalam diri dan kesannya, ketenangan yang hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kita saat itu.
Begitulah betapa indahnya andai hidup bersama Ilahi, yang susah akan berasa senang, yang sempit terasa luas. Apa yang pasti semua itu adalah pentarbiyahan terus dari Allah kepada hambaNya yang dikasihi. Bersangka baiklah dengan Allah kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya. Waalluhu’alam.

No comments: